Rabu, 22 Jun 2016

FAM sahkan Apek kena sekatan perjalanan

 
PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. - Foto Hasriyasyah Sabudin KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaysia ketika perlawanan bertemu Papua New Guinea di Port Moresby, Jumaat lalu kerana dikenakan sekatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam satu kenyataan berkata, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek ditahan di pintu keluar antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang pada 11 Jun 2016.
"Rentetan itu, Khairul Fahmi terpaksa ditinggalkan di tanah air untuk menyelesaikan urusan tunggakan cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang menyebabkan beliau dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara itu. "Khairul Fahmi menyatakan beliau akan menyelesaikan masalah itu bagi membolehkannya menyertai pasukan pada baki perlawanan dalam siri Jelajah Oceania 2016," katanya.
SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/166574

Tiada ulasan:

Catat Ulasan