Rabu, 8 Jun 2016

Aksi cemerlang Harimau Malaysia di Piala Asia UAE

SHAFIQ TINO
7 JUN 2016
 Ong Kim Swee
Ong Kim Swee Ong Kim Swee
HARIMAU Malaysia menempah slot ke peringkat seterusnya dalam Kelayakan Piala Asia Emiratus Arab Bersatu (UAE) 2019 selepas menang 3-0 ke atas Timur Leste dalam perlawanan kedua play-off di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, di Johor Bahru, malam tadi.

Skuad kendalian Ong Kim Swee mara dengan keputusan agregat 6-0 sekali gus melayakkan mereka kembali bersaing dalam peringkat kumpulan kejohanan berkenaan.

Pada perlawanan berkenaan, bintang Melaka United, Khair Jones Jefri terdahulu meletakkan tuan rumah di hadapan apabila menyempurnakan hantaran kemas Hazwan Bakri pada minit ke-15.

Pemain kelahiran New Zealand itu dilihat tenang meledak gol pertama Harimau Malaysia meskipun baru merekodkan cap pertama untuk skuad kebangsaan pada perlawanan tersebut.

Babak kedua bersambung, menyaksikan penguasaan masih di pihak Harimau Malaysia meskipun pasukan negara dilihat berada dalam kedudukan bertahan.

Minit ke 57, pertahanan, Azriff Nasrulhaq yang lincah melakukan gerakan dibahagian kanan membantu pasukan negara mencipta gol kedua apabila hantaran lintangnya ditanduk kemas Hazwan Bakri terus ke jaring gol.

Skuad negara melengkapkan malam gemilang tersebut dengan jaringan ketiga pada minit ke 68 menerusi S.Chanturu yang melakukan 'volley' hasil daripada hantaran jauh rakan sepasukan di JDT, S.Kunanlan.

Untuk rekod, Malaysia akan menyertai 23 pasukan yang lain dalam saingan kelayakan tahun hadapan. Kesemua 24 pasukan akan dibahagikan kepada enam kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat akhir.

Kejohanan berkenaan telah merekodkan 12 negara telah layak ke Piala Asia 2019 antaranya UAE sebagai tuan rumah, Qatar, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Arab Saudi, Australia, Uzbezkistan, Syria, Iraq, Iran, dan China.

Sumber-7 JUN 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan