Jumaat, 17 Jun 2016

Harimau Malaysia tewas kepada Papua New Guinea

17 Jun 2016 4:12 PM
Pemain skuad Harimau Malaysia ke Jelajah Oceania 2016
Pemain skuad Harimau Malaysia ke Jelajah Oceania 2016
KUALA LUMPUR 17 Jun - Skuad Harimau Malaysia memulakan Jelajah Oceania dengan langkah kiri apabila pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu tewas 2-0 kepada pasukan 193 dunia, Papua New Guinea dalam aksi persahabatan kelas A di Stadium Sir John Guise sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, skuad kebangsaan mempamer corak permainan seimbang, namun penyudah yang tumpul menggagalkan usaha Harimau Malaysia untuk menembusi gawang lawan.
Kedua-dua jaringan Papua New Guinea dijaringkan oleh Tommy Semmy masing-masing pada minit ke-35 dan minit ke-42. Selepas ini skuad negara bakal bertemu New Caledonia pada 22 Jun sebelum menamatkan siri jelajah tersebut dengan menentang Fiji selang empat hari kemudian. - UTUSAN ONLINE

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaysia-tewas-kepada-papua-new-guinea-1.343692#sthash.d6EqMeuv.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan