Khamis, 2 Jun 2016

Misi pulih maruah

 
PARA pemain skuad negara giat menjalani latihan menjelang aksi playoff pertama kelayakan Piala Asia menentang Timor Leste di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

SKUAD Harimau Malaysia mempunyai misi besar menggalas maruah negara pada aksi playoff pertama kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee tidak mempunyai pilihan lain, selain mencatat kemenangan demi kelangsungan hidup Harimau Malaysia dalam kempen Piala Asia.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) menuntut para pemain mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan Harimau Malaysia mampu mara ke peringkat seterusnya.

“Saya sebenarnya sudah lama berharap untuk melihat kebangkitan pasukan kebangsaan tetapi hakikatnya, pemain itu sendiri perlu sedar mengenai kepentingan mewakili negara,” titah baginda.

SUMBAER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4AQ79L2Ot Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan