Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
SKUAD Harimau Malaysia tiba di
Fiji semalam untuk menghadapi skuad kebangsaan Fiji pada aksi persahabtan Ahad
ini.
FIJI akan menguji kekuatan
mereka dengan skuad Harimau Malaysia pada aksi terakhir siri Jelajah Oceania
2016 di Stadium Prince Charles Park Nadi, Fiji esok.
Aksi tersebut memang kena pada
masanya kerana Fiji akan mengambil kesempatan tersebut menguji kemampuan mereka
sebelum menghadapi Sukan Olimpik pada Ogos nanti.
Skuad bola sepak Fiji berjaya
melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio nanti.
Menurut jurulatih Harimau
Malaysia, Datuk Ong Kim Swee skuad kendaliannya bakal menjadi medan ujian buat
Fiji dan sudah pastinya ia bakal menjadi aksi yang sengit dan mencabar.
Skuad kebangsaan memulakan siri
Jelajah Oceania 2016 dengan kekalahan 0-2 di tangan Papua New Guinea (17 Jun)
tetapi kembali bangkit merakamkan kemenangan pertama dengan menewaskan New
Caledonia 2-1, Rabu lalu.
Kini, Kim Swee mengharapkan
pasukan bimbingannya dapat menutup Jelajah Oceania 2016 dengan kejayaan positif
tetapi dalam masa yang sama, pengendali kelahiran Melaka itu menyedari Fiji
tidak akan memberikan laluan mudah kepada Harimau Malaysia.
Menurutnya, Fiji yang telah
layak ke Sukan Olimpik di Rio, Brazil nanti mahu membuktikan sesuatu dan sudah
pastinya mereka akan berusaha keras untuk menewaskan Harimau Malaysia.
“Kita tahu mereka telah layak
ke Sukan Olimpik. Selain pemain-pemain skuad Olimpik, saya juga difahamkan
mereka menurunkan hampir sebahagian pemain pasukan kebangsaan mereka beraksi
kerana mereka mahu memilih tiga pemain terbaik untuk berada dalam skuad di
bawah kuota pemain melebihi umur, jelas Kim Swee lagi.
Dalam perkembangan sama, Kim
Swee juga mengingatkan barisan pemainnya agar terus bekerja lebih keras kerana
mereka akan menentang satu pasukan yang hebat walaupun beraksi dalam keadaan
fasiliti kurang memuaskan selain faktor cuaca panas.
“Seperti mana yang kita tahu,
kita akan bermain pada sebelah petang termasuk keadaan fasiliti yang tidak
begitu baik dan ini merupakan cabaran kepada semua pemain. Jadi, saya harap
mereka mampu membuktikan bahawa kekurangan itu bukan satu masalah untuk kita
mendapatkan keputusan yang baik.”
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4CZuVARLx
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan