Khamis, 30 Jun 2016

Menang tetapi tiada mata?

30 Jun 2016 12:27 AM
TONGGAK Malaysia, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kemenangan
TONGGAK Malaysia, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kemenangan skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang New Caledonia di New Caledonia, baru-baru ini. IHSAN FAM
KUALA KUMPUR 29 Jun – Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengakui, status perlawanan menentang New Caledonia pada 22 Jun lalu masih belum dapat dipastikan sama ada dikira atau tidak dalam mata ranking dunia.
Keputusan perlawanan yang berkesudahan Harimau Malaysia menang 2-1 itu tidak dikemas kini dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sedangkan dua lagi aksi persahabatan yang dilalui skuad negara pada siri Jelajah Oceania iaitu menentang Papua New Guinea dan Fiji diambil kira.
Situasi itu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak negara, yang menganggap ia perlawanan yang sia-sia, apatah lagi itu satu-satunya kemenangan yang dicatat Harimau Malaysia sepanjang hampir dua minggu menjelajah Oceania.
Hamidin berkata, beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai status perlawanan tersebut sebaliknya perlu menunggu kata putus daripada badan induk bola sepak dunia serta pihak lawan terlebih dahulu.
“Saya tidak pasti apa masalah tentang status perlawanan tersebut sebab sebelum ia berlangsung, kami terlebih dahulu mendapatkan surat pengesahan daripada FIFA dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) mengatakan pertemuan tersebut adalah kelas A dan ada dalam sistem kiraan ranking.
“Itu prosedur biasa sebelum mengadakan aksi persahabatan kelas A. Kami juga sudah memenuhi segala keperluan untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut. Saya bimbang mungkin ada masalah daripada pihak New Caledonia.
“Bagaimanapun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Buat masa sekarang FAM sedang mendapatkan maklum balas daripada FIFA dan New Caledonia. Sebaik sahaja kami mendapat maklum balas tersebut kami akan membuat kenyataan media,” kata Hamidin yang juga pengurus pasukan Harimau Malaysia di sini, hari ini.
Sebelum ini, skuad Harimau Malaysia melakukan Jelajah Oceania dalam usaha mereka meningkatkan ranking dengan mengadakan tiga aksi persahabatan kelas A. Pasukan kebangsaan mencatat satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam siri jelajah tersebut.
Selain menumpaskan New Caledonia, Harimau Malaysia tumpas 0-2 kepada Papua New Guinea pada 17 Jun dan seri 1-1 ketika menentang Fiji (26 Jun).

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/menang-tetapi-tiada-mata-1.348423#sthash.jTPM3zlJ.dpuf

Isnin, 27 Jun 2016

Harimau Malaysia diikat Fiji

Akhiri siri Jelajah Oceania dengan keputusan seri
27 Jun 2016 12:12 AM 
PENYERANG veteran, Amri Yahyah (dua dari kanan) meledakkan gol tunggal skuad negara pada minit ke-41 menerusi rembatan kencangnya selepas menerima hantaran S. Chanthuru dalam aksi persahabatan menentang Fiji di Nadi, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Jun - Di sebalik kegagalan mencapai objektif meraih tiga kemenangan dalam aksi persahabatan kelas A Siri Jelajah Oceania, pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee masih mampu melihat pencapaian anak-anak buahnya itu dari sisi positif setelah mendapat gambaran jelas terhadap potensi para pemainnya.
Hari ini, skuad negara diikat Fiji dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan terakhir siri jelajah tersebut dan dua lagi aksi sebelum ini menyaksikan Harimau Malaysia tewas mengejut 0-2 di tangan pasukan ranking ke-193, Papua New Guinea dan meraih kemenangan 2-1 ke atas New Caledonia yang menghuni ranking ke-183 dunia.
“Dalam tiga perlawanan ini, saya percaya yang saya telah menggunakan kesemua pemain dan ini memberi saya satu situasi di mana saya perlu menilai kese­luruhan pasukan dan individu-individu tertentu.
“Sudah tentu objektif kita untuk mendapatkan semua kemenangan tidak tercapai, tetapi saya percaya dengan keputusan satu seri, menang dan kalah ini memberi pandangan yang cukup luas untuk saya menganalisis pasukan sebelum saya memanggil semua pemain pada September nanti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Malah, jurulatih kelahiran Melaka itu turut memuji aksi yang dipamerkan anak didiknya ketika perlawanan persahabatan terakhir menentang Fiji yang menyaksikan skuad negara seri 1-1, biarpun bermain dalam keadaan cuaca panas dan permukaan padang yang kurang baik.
“Satu keadaan yang sukar untuk bermain tetapi para pemain membuktikan mereka mampu mengadaptasikan suasana perlawanan terutama dengan keadaan cuaca yang panas dan padang yang kurang baik.
“Kita gagal mempertahankan gol pendahuluan di mana beberapa faktor perlu kita lihat. Tapi saya percaya semua pemain sudah memberikan yang terbaik dalam keadaan sukar ini.
“Dalam bola sepak memang begini, apabila kita gagal menyem­purnakan peluang-peluang ter­hidang, tetapi pasukan lawan mengambil kesempatan terutama Roy Krishna yang beraksi di Liga Australia yang mempunyai teknik cukup bagus, apabila kita beri ruang, mereka dapat menjaringkan gol,” ujarnya.
Dalam perlawanan itu, pasukan negara terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain veteran, Amri Yahyah pada minit ke-41 menerusi rembatan kencangnya selepas menerima hantaran daripada S. Chanthuru sebelum penyerang tuan rumah, Losefo Verevou menyamakan kedudukan pada minit ke-72.
Mengulas mengenai mutu pengadilan, Kim Swee menerima dengan sikap profesional biarpun beberapa kali kecewa dengan keputusan yang diputuskan pengadil perlawanan yang dilihat lebih memihak kepada tuan rumah.
“Tentang mutu pengadilan, kita kena faham, apabila bermain di tempat lawan terutama berdepan pasukan tuan rumah, ini yang akan berlaku. Kita harus belajar, bukan saja saya tetapi para pemain kena tahu jika bermain di tempat lawan, kita kena terima apa juga keputusan dan apa juga yang disediakan pihak lawan.” tegasnya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaysia-diikat-fiji-1.347363#sthash.lukYGtZm.dpuf

Ahad, 26 Jun 2016

KEPUTUSAN PENUH FIJI 1-1 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Fiji      1-1    Malaysia
                     m-41 Amri Yahyah
PEMAIN FIJI:
22-Beniamino Mateinaqara
2-Roy Krishna (C)
3-Meli Codro
5-Tony Tuivuna
8-Setareki Hughes
11-Ilimotama Jese
12-Tevita Waranivalu
13-Anish Khem
16-Iliatia Tuilau
21-Alvin Singh
23-Samuela Kautoga.

PEMAIN MALAYSIA:
22-Khairul Fahmi Che Mat
16-S Kunanlan
7-Aidil Zafuan Abd Radzak (C)
4-Fadhli Shas
6-Fazly Mazlan
18-S Chanthuru
3-Brendan Gan
15-Junior Eldstal
19-Christie Jayaseelan
21-Amirulhadi Zainal
17-Amri Yahyah



Sabtu, 25 Jun 2016

KEPUTUSAN MASA PERTAMA FIJI 0-1 MALAYSIA

 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Fiji      0-1    Malaysia
                     m-41 Amri Yahyah
PEMAIN FIJI:
22-Beniamino Mateinaqara
2-Roy Krishna (C)
3-Meli Codro
5-Tony Tuivuna
8-Setareki Hughes
11-Ilimotama Jese
12-Tevita Waranivalu
13-Anish Khem
16-Iliatia Tuilau
21-Alvin Singh
23-Samuela Kautoga.

PEMAIN MALAYSIA:
22-Khairul Fahmi Che Mat
16-S Kunanlan
7-Aidil Zafuan Abd Radzak (C)
4-Fadhli Shas
6-Fazly Mazlan
18-S Chanthuru
3-Brendan Gan
15-Junior Eldstal
19-Christie Jayaseelan
21-Amirulhadi Zainal
17-Amri Yahyah


TERKINI FIJI 0-1 MALAYSIA

 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Fiji      0-1    Malaysia
                     m-41 Amri Yahyah
PEMAIN FIJI:
22-Beniamino Mateinaqara
2-Roy Krishna (C)
3-Meli Codro
5-Tony Tuivuna
8-Setareki Hughes
11-Ilimotama Jese
12-Tevita Waranivalu
13-Anish Khem
16-Iliatia Tuilau
21-Alvin Singh
23-Samuela Kautoga.

PEMAIN MALAYSIA:
22-Khairul Fahmi Che Mat
16-S Kunanlan
7-Aidil Zafuan Abd Radzak (C)
4-Fadhli Shas
6-Fazly Mazlan
18-S Chanthuru
3-Brendan Gan
15-Junior Eldstal
19-Christie Jayaseelan
21-Amirulhadi Zainal

17-Amri Yahyah

TERKINI FIJI 0-0MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Fiji      0-0    Malaysia
PEMAIN FIJI:
22-Beniamino Mateinaqara
2-Roy Krishna (C)
3-Meli Codro
5-Tony Tuivuna
8-Setareki Hughes
11-Ilimotama Jese
12-Tevita Waranivalu
13-Anish Khem
16-Iliatia Tuilau
21-Alvin Singh
23-Samuela Kautoga.

PEMAIN MALAYSIA:
22-Khairul Fahmi Che Mat
16-S Kunanlan
7-Aidil Zafuan Abd Radzak (C)
4-Fadhli Shas
6-Fazly Mazlan
18-S Chanthuru
3-Brendan Gan
15-Junior Eldstal
19-Christie Jayaseelan
21-Amirulhadi Zainal

17-Amri Yahyah

FIJI 0-0 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Fiji      0-0    Malaysia
PEMAIN FIJI:
22-Beniamino Mateinaqara
2-Roy Krishna (C)
3-Meli Codro
5-Tony Tuivuna
8-Setareki Hughes
11-Ilimotama Jese
12-Tevita Waranivalu
13-Anish Khem
16-Iliatia Tuilau
21-Alvin Singh
23-Samuela Kautoga.

PEMAIN MALAYSIA:
22-Khairul Fahmi Che Mat
16-S Kunanlan
7-Aidil Zafuan Abd Radzak (C)
4-Fadhli Shas
6-Fazly Mazlan
18-S Chanthuru
3-Brendan Gan
15-Junior Eldstal
19-Christie Jayaseelan
21-Amirulhadi Zainal
17-Amri Yahyah


PERLAWANAN PERSAHABATAN A MALAYSIA VS FIJI


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
TEMPAT :Prince Charles Park, Nadi.:

JAM : 2 petang (10 pagi waktu Malaysia)

Harimau tak cukup taring

AFDAH MUJAP FOTO: FAM
25 JUN 2016
 Harimau tak cukup taring
Harimau tak cukup taring
MASIH kedengaran suara sumbang di sebalik kemenangan Harimau Malaysia ke atas New Caledonia, pada aksi kedua siri Jelajah Ocenia 2016 di Noumea, Rabu lalu.

Ini kerana, anak buah Datuk Ong Kim Swee sekadar melakar kemenangan tipis    2-1. Ia dianggap sebagai satu keputusan ‘cukup makan’ kerana tuan rumah sebenarnya berada di ranking lebih rendah (183) berbanding Malaysia  (173).

Justeru, tanggapan awal peminat yang ingin menyaksikan Harimau Malaysia menang dengan margin gol yang cukup besar, meleset sama sekali.

Peminat (menerusi pemerhatian di Facebook FAM) juga menganggap ia bukanlah keputusan yang bolah dibanggakan kerana realitinya, skuad negara dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan.

Malah, ada juga yang mempersoalkan kewajaran siri jelajah tersebut, kerana pasukan yang ditentang kurang gah dan dinilai tidak memberi apa-apa pulangan buat skuad kebangsaan.

Dalam perlawanan di Stadium Numa-Daly Magenta, Rabu lalu, New Caledonia terlebih dahulu mengejutkan Malaysia di babak pertama sebelum dua jaringan daripada Amirulhadi Zainal dan Baddrol Bakhtiar di babak kedua, menyelamatkan maruah negara.

Apapun, kemenangan sulung dalam siri Jelajah Ocenia 2016 itu mengubati sedikit kekecewaan peminat bola sepak tanah air selepas Malaysia dimalukan Papua New Guinea 0-2, minggu lalu.

Kurang agresif

Mengulas aksi bertemu New Caledonia, Kim Swee akui pemainnya kurang memberi tekanan kepada          lawan.

“Pemain bangkit pada babak kedua selepas mereka tahu pada separuh masa pertama, New Caledonia tidak memberi banyak ruang kepada kita.

“Jadi ketika waktu rehat, saya beritahu pemain supaya mereka perlu lebih agresif dan cepat bergerak ke hadapan.

“Terbukti ia membawa banyak perubahan dan kita berjaya mendapatkan dua gol yang cukup baik daripada Amirulhadi dan sepakan percuma Baddrol.

“Seperti saya katakan kepada mereka sewaktu rehat, New Caledonia, Papua New Guinea mahu pun Fiji yang akan kita hadapi selepas ini, mereka merupakan satu pasukan yang cukup baik bukan saja dari segi tubuh fizikal besar dan kekuatan tetapi turut mempunyai kelajuan,” katanya.

Alih fokus

Sementara itu, Kim Swee mahu pemainnya terus fokus dan mengalih tumpuan kepada perlawanan terakhir siri Jelajah Oceania bertemu Fiji, esok.

Menurutnya, keadaan padang yang kurang baik di Stadium Prince Charles Park di Nadi, Fiji juga tidak harus dijadikan alasan untuk pemain skuad Harimau Malaysia beraksi sambil lewa.

Katanya lagi, selain keadaan padang tidak begitu baik, pemain juga perlu berdepan cuaca panas memandangkan mereka akan beraksi pada 2 petang waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia).

“Ini cabaran kepada semua pemain, jadi saya harap mereka mampu membuktikan ia bukan satu masalah untuk kita mendapat keputusan yang baik,” katanya.

Kim Swee berkata, skuad kebangsaan terpaksa beraksi pada waktu petang berikutan negara berkenaan tidak mempunyai kemudahan bola sepak mencukupi terutama ketiadaan lampu limpah di hampir kesemua stadium di negara tersebut.

“Saya juga difahamkan keadaan cuaca dijangka bertambah gelap lebih awal, dalam  5 petang di sini, jadi mereka terpaksa mengadakan perlawanan lebih awal supaya perlawanan ini tidak terganggu,” katanya.

Beri peluang

Dalam pada itu, Kim Swee tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan beberapa pemain yang tidak beraksi pada dua perlawanan terdahulu antaranya pemain Pulau Pinang, S Kumaahran dan pemain Kedah, Muhd Amirul Hisyam Awang Kechik.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan tiga pemain dijangka tidak dapat diturunkan pada aksi berdepan Fiji kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

Mereka ialah kapten Selangor, Muhd Shahrom Abdul Kalam; pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Abdul Latiff Suhaimi dan penyerang Johor Darul Ta’zim II, Muhd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 25.6.2016

Kim Swee tagih aksi terbaik

Fiji dijangka turunkan skuad Olimpik yang beraksi di Rio
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  25 Jun 2016 12:19 AM
PEMAIN Malaysia gigih berlatih sebagai persiapan bagi mengharungi
PEMAIN Malaysia gigih berlatih sebagai persiapan bagi mengharungi perlawanan persahabatan menentang Fiji, Ahad ini.
KUALA LUMPUR 24 Jun - Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengakui dia menjangkakan aksi sengit bakal dipamerkan oleh Fiji apabila kedua-dua pasukan tersebut bertemu dalam perlawanan persahabatan kelas A di Stadium Prince Charles Park, Nada, Ahad ini.
Kim Swee berkata, selain beraksi di bawah cuaca panas serta keadaan padang tidak begitu baik, Fiji menurunkan sebahagian besar pemain bawah 23 sebagai persiapan mereka menghadapi Sukan Olimpik Rio pada Ogos ini.
“Perlawanan menentang Fiji sudah tentu menjadi lebih sengit membuatkan pemain mahu meneruskan corak permainan yang lebih baik daripada dua aksi persahabatan sebelum ini. Kekuatan Fiji tidak banyak beza antara Papua New Guinea serta New Caledonia.
“Cabaran yang perlu dilalui oleh pemain menjelang pertemuan nanti adalah pertama, kita harus bermain dengan pasukan yang cukup bagus. Kedua, keadaan cuaca yang agak panas kerana kita bermain pada pukul 2 petang (waktu Fiji) dan seterusnya keadaan fasiliti padang tidak begitu baik.
“Kita tahu Fiji layak ke Sukan Olimpik 2016. Selain daripada menurunkan skuad Olimpik, saya juga difahamkan Fiji menurunkan sebahagian pemain daripada skuad kebangsaan di mana mereka mahu memilih tiga pemain lebih umur untuk diserap masuk ke dalam skuad Olimpik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Biarpun berdepan dengan sebahagian besar pemain Bawah 23, namun Kim Swee tetap tidak mengambil mudah lawan yang bakal mereka tentang nanti.
“Ya (saya tidak akan memandang mudah). Sudah tentu mereka ingin membuktikan sesuatu di mana mereka akan ke Olimpik dan ini akan menyukarkan kami pada hari perlawanan nanti,” ujarnya.
Fiji mara buat kali pertama ke temasya Rio bagi slot Oceania yang sebelum ini dikuasai Australia dan New Zealand, selepas skuad kendalian Frank Farina itu menewaskan Vanuatu 4-3 menerusi penalti dalam final kelayakan Olimpik Oceania di Port Moresby, Papua New Guinea pada 12 Julai tahun lalu.
Dalam pada itu, Kim Swee memberitahu, dia berdepan dengan tiga masalah kecederaan selepas Mohd. Shahrom Kalam masih lagi mengalami sakit lutut, sementara Abdul Latiff Suhaimi berdepan kecederaan Achilles Tendon dan terbaharu, Mohd. Zaquan Aidil Adha Abdul Razak yang ditimpa masalah di pergelangan tangan.
“Masih lagi cedera ialah Shahrom, manakala Latiff kita harus bagi peluang sehari lagi untuk menentukan sama ada dia boleh bermain atau pun tidak dan terkini Zaquan yang mengalami kecederaan di pergelangan tangan,” katanya.
Berdasarkan rekod pertemuan, Fiji pernah menjadi tuan rumah kepada Malaysia dalam tiga siri perlawanan pada 2001. Fiji tewas 2-1 kepada Malaysia pada aksi pertama di Ba sebelum mencatat dua kemenangan seterusnya 2-0 di Suva dan 4-1 di Lautoka.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-tagih-aksi-terbaik-1.346619#sthash.bkwXv5c6.dpuf

Cabaran getir Malaysia

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 JUN 2016
 Cabaran getir Malaysia
Cabaran getir Malaysia Kim Swee memberi arahan kepada pemain semasa sesi latihan di Nadi, Fiji. - Foto FAM
PENGENDALI Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengakui skuad bimbingannya akan berdepan cabaran getir pada perlawanan terakhir siri Jelajah Oceania menentang Fiji, di Prince Charles Park, Nadi esok, lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.

Ini kerana katanya, selain bermain dalam keadaan cuaca agak panas dan kualiti padang yang buruk, pemain negara juga akan menentang pasukan yang cukup bagus walaupun kedudukan ranking skuad kebangsaan berada lebih jauh berbanding mereka.

Malaysia menghuni ranking ke-173 manakala  Fiji ke-186 dunia.

“Difahamkan, Fiji yang layak ke Sukan Olimpik Rio akan menurunkan hampir sebahagian pemain terbaik pada perlawanan itu.

“Ini pasti menyukarkan kita di mana kami bukan sahaja akan bermain di gelanggang lawan, tetapi juga beraksi pada jam 2 petang.

“Bagaimanapun saya harap pemain negara mampu buktikan itu bukan masalah untuk kita meraih keputusan positif,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee memberitahu yang beliau belum memutuskan barisan pemain yang akan diturunkan pada perlawanan tersebut.

“Saya mungkin akan menurunkan beberapa pemain yang masih belum diturunkan seperti S Kumaahran dan Muhamad Amirul Hisyam Awang Kechik. Saya mahu memberikan ruang kepada mereka kerana penting bagi saya menilai kesemua pemain secara lebih jelas. 

“Apapun, semuanya bergantung keadaan pemain dan masa perlawanan nanti,” katanya yang menjangkakan keupayaan Fiji dilihat hampir menyamai New Caledonia dan Papua New Guinea.

Sumber-sinar Harian online 25 JUN 2016

Aidil yakin Malaysia mampu atasi Fiji

25 JUN 2016 
Harimau Malaya
KEADAAN padang dan cuaca panas tidak menjadi halangan utama untuk skuad Harimau Malaysia memburu kemenangan kedua berdepan Fiji pada perlawanan persahabatan terakhir Jelajah Oceania di Stadium Prince Charles Park, Nadi, Fiji, esok.

Kapten skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak berkata, walaupun mereka terpaksa berdepan dengan situasi sedemikian, beliau yakin rakan sepasukan mampu menampilkan aksi cemerlang berdepan pasukan ranking ke-186 dunia itu.

"Kita sudah bersedia untuk aksi esok selepas menjalani latihan selama dua hari dan saya mengharapkan rakan sepasukan dapat memanfaatkan taktikal yang diberikan jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) sepanjang tempoh latihan diadakan," katanya dalam satu temu bual selepas latihan singkat skuad kebangsaan di Fiji, hari ini.

"Berdepan pemain muda Fiji dengan keadaan cuaca panas bukan satu tugas mudah namun saya dan rakan sepasukan lebih fokus kepada taktikal permainan dan saya lihat para pemain amat bersemangat untuk aksi menentang Fiji," kata pertahanan tengah Johor Darul Ta'zim itu.

Rakaman audio temubual berkenaan diperoleh Bernama daripada pegawai media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malaysia yang berada di ranking ke-173 dunia menerima kecaman hebat daripada peminat bola sepak negara sebelum ini, setelah kalah mengejut 0-2 kepada pasukan ranking ke-193 dunia, Papua New Guinea di Stadium Sir John Guise, Port Moresby, Jumaat lepas.

Skuad negara, bagaimanapun bangkit mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan ranking ke-183 dunia, New Caledonia di Stadium Numa-Daly Magenta, Noumea, New Caledonia, Rabu lepas. - Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25 JUN 2016

Fiji ujian terakhir Harimau Malaysia

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
 
SKUAD Harimau Malaysia tiba di Fiji semalam untuk menghadapi skuad kebangsaan Fiji pada aksi persahabtan Ahad ini.

FIJI akan menguji kekuatan mereka dengan skuad Harimau Malaysia pada aksi terakhir siri Jelajah Ocea­nia 2016 di Stadium Prince Charles Park Nadi, Fiji esok.

Aksi tersebut memang kena pada masanya kerana Fiji akan mengambil kesempatan tersebut menguji kemampuan mereka sebelum menghadapi Sukan Olimpik pada Ogos nanti.

Skuad bola sepak Fiji berjaya melayakkan diri ke Sukan ­Olimpik Rio nanti.

Menurut jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee skuad kendaliannya bakal menjadi medan ujian buat Fiji dan sudah pastinya ia bakal menjadi aksi yang sengit dan mencabar.

Skuad kebangsaan memulakan siri Jelajah Oceania 2016 dengan kekalahan 0-2 di ta­ngan Papua New Guinea (17 Jun) tetapi kembali bangkit merakamkan kemenangan pertama dengan menewaskan New Caledonia 2-1, Rabu lalu.

Kini, Kim Swee mengharapkan pasukan bimbingannya dapat menutup Jelajah Oceania 2016 dengan kejayaan positif tetapi dalam masa yang sama, pengendali kelahiran Melaka itu menyedari Fiji tidak akan memberikan laluan mudah kepada Harimau Malaysia.

Menurutnya, Fiji yang telah layak ke Sukan Olimpik di Rio, Brazil nanti mahu membuktikan sesuatu dan sudah pas­tinya mereka akan berusaha keras untuk menewaskan Harimau Malaysia.

“Kita tahu mereka telah la­yak ke Sukan Olimpik. Selain pemain-pemain skuad Olimpik, saya juga difahamkan mereka menurunkan hampir sebahagian pemain pasukan kebangsaan mereka beraksi kerana mereka mahu memilih tiga pemain terbaik untuk berada dalam skuad di bawah kuota pemain melebihi umur, jelas Kim Swee lagi.
Dalam perkembangan sama, Kim Swee juga mengingatkan barisan pemainnya agar terus bekerja lebih keras kerana mereka akan menentang satu pasukan yang hebat walaupun beraksi dalam keadaan fasiliti kurang memuaskan selain faktor cuaca panas.

“Seperti mana yang kita tahu, kita akan bermain pada sebelah petang termasuk keadaan fasiliti yang tidak begitu baik dan ini merupakan cabaran kepada semua pemain. Jadi, saya harap mereka mampu membuktikan bahawa kekurangan itu bukan satu masalah untuk kita mendapatkan keputusan yang baik.”


SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4CZuVARLx Hakcipta terpelihara

Khamis, 23 Jun 2016

KAPS PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA SELEPAS MENENTANG TIMOR LESTE 6.6.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


BIL
NAMA PEMAIN
U
CAP
GOL
1
Farhan Abu Bakar
23
00
00
9
Latiff Suhaimi
27
00
00
24
Khair Jefri Jones
26
02
01
3
Brendan Gan Seng Ling
27
04
00
13
Amirul Hisyam Awang Kechik
21
02
00
10
Kumaahran Sathasivam
19
03
00
06
Fazly Mazlan
22
05
00
23
Izham Tarmizi Roslan
25
06
00
05
Shahrom Kalam
30
06
00
20
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
25
06
00
19
Christie Jayaseelan
29
06
02
15
Junior Eldstal
24
07
00
18
S. Chanturu
28
11
01
12
Hazwan Bakri
24
11
06
14
Fakri Saarani
26
23
02
08
Zaquan Adha Radzak
28
25
04
21
Amirul Hadi Zainal
30
32
06
22
Khairul Fahmi Che Mat
27
37
00
11
Baddrol Bakhtiar
28
39
05
02
Mahalli Jasuli
27
41
02
04
Fadhli Shas
25
47
00
17
Amri Yahyah
35
55
11
07
Aidil Zafuan Radzak
28
66
03
23
Kunanlan Subramaniam
30
68
00