SAFAWI RASID
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
28 Jun 2021, 9:49 pm
JOHOR BAHRU: Prestasi hambar Safawi Rasid yang dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya terus menjadi perdebatan antara kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan.
Pengarah Teknikal Kelab JDT, Alistair Edwards menjelaskan. bahawa Safawi telah menunjukkan kemajuan yang baik susulan kecederaan yang dialami sebelum meninggalkan kelab untuk tugasan antarabangsa.
Itu sekali gus menyangkal dakwaan bekas pemain antarabangsa, Datuk Jamal Nasir dan pemerhati bola sepak, Zakaria Rahim bahawa JDT perlu bertanggungjawab atas aksi hambar Safawi pada masa ini.
Jelasnya, untuk rekod, penyerang kelahiran Terengganu itu mengalami kecederaan pada 13 Mac lalu dan hanya kembali ke kesebelasan utama pada 16 April lalu.
“Walaupun masih dalam proses pemulihan hingga ke tahap sepenuhnya, Safawi telah melakukan lima permulaan, tiga kali beraksi dari bangku simpanan dan menjaringkan dau gol dalam 364 minit sebelum ‘international break’.
“Untuk mengatakan intensiti latihan adalah tanggungjawab kelab sepenuhnya tidak tepat kerana pemain menjalani kem latihan yang panjang bersama skuad kebangsaan kerana pemain berada di sana dari 16 Mei hingga 16 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Alistair lagi, perjalanan pemulihan untuk kembali ke intensiti tinggi buat Safawi masih lagi berjalan sebelum ‘international break’.
Katanya, penyerang berusia 24 tahun itu hanya kembali ke JDT seminggu sebelum Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila dia terbang terus ke Thailand dari Emiriah Arab Bersatu.
“Kelab ini akan membimbing Safawi kembali pulih sepenuhnya, sedia untuk bola sepak intensiti tinggi dan membina semula tahap keyakinan beliau dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.
Seblum ini, pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuding jari terhadap skuad kebangsaan yang melakukan latihan berintensiti rendah menjadi punca ayam tambatannya itu hilang taring.
Biarpun dikritik hebat banyak pihak selepas bergelut untuk memberikan persembahan yang terbaik, Tunku Ismail tetap mempertahankan Safawi dan menjelaskan JDT dalam proses membantu memperbaiki prestasi pemain kelahiran Terengganu itu.
“Belum pulih 100 peratus daripada kecederaan, jurulatih (Tan Cheng Hoe) mengambilnya untuk sertai Harimau Malaya. Kesan daripada latihan intensiti rendah, Sampai sekarang prestainya masih menurun.
“Sekarang kami kena perbaiki dia macam kami kena bantu setiap pemain menyertai pasukan kebangsaan bagi menjalani latihan pusat macam pergi makan angin,” kata Tunku Ismail.1
______________________________________
1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/06/safawi-terima-layanan-terbaik-di-jdt/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan