Rabu, 16 Jun 2021

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Misi sebenar Harimau Malaya belum berakhir -- Cheng Hoe

Shaiful Shamsudin

Jun 16, 2021 18:33 MYT



Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Misi sebenar Harimau Malaya belum berakhir -- Cheng Hoe

Pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe, berdepan perasaan bercampur-baur selepas Harimau Malaya membenam Thailand 1-0 dalam Kumpulan G di Stadium Maktoum, awal pagi tadi.

Walaupun kemenangan akhirnya dicipta di bumi Dubai, hasrat sebenar Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tidak jadi kenyataan.

Skuad negara raih 12 mata, kurang tiga mata seperti disasarkan yang menyebabkan mereka terpaksa ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

"Sebenarnya kami sasarkan (untuk memungut) sekitar 15-16 mata.

"Rata-rata kami berasa kecewa kerana pada 2019, kami berada satu momentum terbaik.

"Kemungkinan besar kami mampu mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga.

"Selepas meneliti daripada segi teknikal, kekuatan pasukan, kami belum sampai satu tahap yang terbaik tapi kami perlu terus berusaha, bukan sahaja jurulatih malah pemain-pemain.

"Kami kena berusaha setiap kali untuk pastikan mampu bersaing dengan gergasi Asia pada masa hadapan," katanya.

Apapun, skuad negara berjaya memperbaiki pencapaian dengan menduduki tempat ketiga dalam kumpulan berbanding keempat dalam edisi sebelum ini.

Namun, kedudukan Cheng Hoe belum selamat susulan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mahu menyediakan jurulatih lebih baik rentetan hasrat baginda untuk menguruskan skuad kebangsaan.

"Apa-apa (sahaja) keputusan saya tunggu keputusan daripada pengurusan tertinggi FAM.

"Saya terima sahaja segala keputusan tetapi kami masih (kempen) kelayakan Piala Asia yang menjadi sasaran negara, " katanya lagi.1

______________________________________________

1https://www.stadiumastro.com/bola-sepak/kelayakan-piala-duniapiala-asia-misi-sebenar-harimau-malaya-belum-berakhir-cheng-hoe-196283

Tiada ulasan:

Catat Ulasan