Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin (kiri) beraksi bersama KV Kortrijk. FOTO Ihsan KV Kortrijk
Kuala Lupur: Kelincahan penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin semakin menjadi-jadi dengan terbaru dia membuat 'kacau' memporak perandakan pertahanan lawan ketika kelabnya, KV Kortrijk berdepan KRC Harelbeke, dalam perlawanan ujian, awal pagi hari ini.
Walaupun turun sebagai pemain gantian, namun kemampuan dan kelincahan pemain berkenaan jelas mencuri perhatian dengan berani menggelecek dan 'merempuh' pertahanan lawan sekali gus menimbulkan masalah kepada benteng Harelbeke selain memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
Pemain berusia 19 tahun itu juga turut menyumbang sepakan penalti kepada pasukan selepas dia dijatuhkan oleh pemain lawan pada minit ke-86 pada perlawanan yang berkesudahan Kortrijk membelasah Harelbeke 5-0.
Aksi pemain muda itu mencuri perhatian penyokong KV Kortrijk yang hadir ke stadium selain turut menyanyikan lagu sokongan kepada Luqman dalam satu video di laman Instagram kvkortrijkfans "Kita dapat lagu untuk Luqman! Allez Luqman Allez!," tulis laman Instagram itu selain turut memuat naik video nyanyian itu.
Malah, kebanyakan penyokong kelab terbabit melihat Luqman antara pemain muda kelab yang akan memberi impak besar pada masa akan datang.
Mengikut rekod, Luqman Hakim yang sudah bersama KV Kortrijk sejak lebih setahun lalu pertama kali dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan baru-baru ini dan diturunkan sebagai pemain gantian.Disiarkan pada: Jun 23, 2021 @ 9:35pm.1
_____________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/721835/luqman-jadi-pengacau-video
Tiada ulasan:
Catat Ulasan