Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
Gambar fail - Nelo Vingada (kiri) dan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Kuala Lumpur: Setiap pemain yang dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya perlu diberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk mempamerkan bakat masing-masing dalam usaha membantu pasukan meraih kejayaan.
Jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berkata, beliau tidak mahu melabel anak buahnya berdasarkan persepsi pihak tertentu sekali gus akan menimbulkan perkara negatif dalam pasukan.
Katanya, ketika ini adalah lebih baik duduk berbincang bersama pemain, pengurusan dan barisan kejurulatihan untuk menilai prestasi masing-masing sebelum tindakan susulan.
"Saya rasa setiap pemain perlu duduk bersama pengurusan dan barisan kejurulatihan untuk menilai. Saya tidak mahu mengatakan dipanggil semula atau digugurkan kita perlu duduk bersama dan berbincang secara berpasukan untuk perlawanan akan datang.
"Setiap pemain kita selalu beri peluang kepada mereka berdasarkan kemampuan dan impian bermain untuk pasukan kebangsaan.
"Paling penting perlu dapat minit permainan hal ini kerana tengok Luqman (Luqman Hakim Shamsuddin) tak dapat minit permainan tapi prestasinya boleh ketengahkan ke skuad kebangsaan," katanya.
Terdahulu, bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh meletakkan pemain tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi antara pemain yang menunjukkan graf paling buruk ketika beraksi pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Katanya, pemain paling menonjol dan terbaik sepanjang saingan itu pula adalah Syafiq Ahmad yang memperagakan prestasi menakjubkan walaupun hanya diturunkan sebagai pemain gantian.
Pada kempen di UAE, skuad negara gagal melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan pusingan akhir Piala Asia apabila hanya menamatkan kedudukan Kumpulan G di tangga ketiga di belakang UAE dan Vietnam.Bagaimanapun, Malaysia masih berpeluang ke Piala Asia apabila bakal bersaing di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia yang dijadual pada Januari atau Februari tahun depan.Disiarkan pada: Jun 18, 2021 @ 6:36pm.1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan