Khamis, 17 Jun 2021

Bagi TMJ ‘pegang’ Harimau Malaya



Oleh SUFIAN HADI SOJAK

18 Jun 2021, 12:00 pm

PETALING JAYA: Telah melakukan ‘kerja rumah’ selain yakin dengan kemampuan Harimau Malaya antara sebab Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat mengendalikan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.

Bekas jurulatih pasukan negara, B. Sathianathan berkata, beliau kagum di atas keberanian pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dan yakin Tunku Ismail sudah mempunyai perancangan demi masa depan Harimau Malaya.

Jelasnya, perkara tersebut bagaimanapun perlu dibincangkan bersama ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandangkan ia memerlukan keputusan bersama berdasarkan perlembagaan mereka.

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

Satu cadangan yang berani daripada TMJ (Tunku Mahkota Johor). Saya yakin beliau boleh berbuat demikian, sebab itu beliau tawarkan diri, kerana beliau yakin dengan kemampuannya.

TMJ sudah membuat penilaian serta kajian terhadap situasi semasa Harimau Malaya sebelum menawarkan diri untuk mengendalikannya.

Kita tahu cara kerja beliau. Beliau sudah pasti akan merangka mengikut tiga peringkat iaitu short term (jangka pendek), mid term (sederhana) dan long term (panjang).

Bagaimanapun keputusan terletak di tangan FAM dan ia bukan daripada seorang sahaja. FAM kena duduk bersama ahli gabungan bagi membincangkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyerahkan bulat-bulat kepada FAM untuk membuat keputusan berhubung hasrat TMJ bagi mengendalikan Harimau Malaya selepas ini.1

_______________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan