Aziman Rosdi
JURULATIH Mongolia, Michael Weiss
gembira dengan persembahan pasukan simpanannya, apabila berjaya mengikat
Malaysia 2-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit
Jalil, malam tadi.
Pengendali kelahiran Jerman itu
berdepan masalah kecederaan pemain termasuk tiga pemain utama yang sebenarnya
mampu mengubah keputusan menjadi lebih baik menentang anak buah Tan Cheng Hoe.
“Saya kehilangan tiga pemain
terbaik saya, ini hanya lah pasukan simpanan. Ketiadaan pemain ini menyebabkan
saya terpaksa mengubah taktik.
“Saya percaya jika saya ada
pemain utama ini, kami boleh memberi lebih tekanan di awal permainan,” katanya
pada sidang media selepas perlawanan itu.
Malaysia yang berada di ranking
ke-178 mendahului menerusi jaringan sendiri pemain Mongolia, Turbat Daginaa
pada minit ke-31 namun pasukan pelawat (ranking 189) menyamakan kedudukan
menerusi percubaan Enkhbileg Purevdorj, tiga minit sebelum babak pertama tamat.
Anak buah Cheng Hoe kemudian
mendahului 2-1 hasil rembatan pemain gantian Akhyar Rashid pada minit ke-65
namun kelebihan itu berjaya dipadam Gankhuyag Ser-Or-Yanjiv di minit ke-71.
Menurut Weiss, anak buahnya
bergelut dengan cuaca panas pada awal permainan.
“Pada 15 minit pertama kami
bergelut dengan cuaca kerana di Mongolia cuaca sangat sejuk, jadi kami perlu
rancang dengan baik untuk menguruskan tenaga.
“Kami mempamerkan taktikal dengan
penuh berdisiplin dan berjaya mengganggu permainan Malaysia,” kata bekas
jurulatih Filipina itu yang pernah menjadi calon jurulatih skuad bawah 23 tahun
negara sebelum ini.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 23 Mac 2018 @ 1:22 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan