18 Mac 2018 1:59 PM
B-18
Skuad B18 berjaya menumpaskan
wakil dari Rusia dalam perlawanan penentuan tempat ke-12 di Stadium Global
Arena.
FUKUOKA, Japan - Skuad bawah 18
tahun (B18) negara berjaya menumpaskan wakil dari Rusia iaitu FC Izhorets-Inkon
Youth 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ke-12 di Stadium Global Arena
sebentar tadi.
Penyerang semakin meningkat naik,
Hadi Fayyadh Abdul Razak meledak hatrik sekali gus memastikan Malaysia muncul
pasukan jemputan terbaik pada edisi ke-16 ini.
Pada pentas tersebut, skuad
kendalian Bojan Hodak mencatatkan tiga kemenangan dan tiga kekalahan pada
Kejohanan Piala Sanix itu.
"Ini adalah satu pendedahan
yang bagus buat pasukan (B18) negara kerana kualiti pasukan yang bertanding di
kejohanan ini sangat berbeza berbanding kualiti pasukan yang ada di Asia
Tenggara,” katanya sebentar tadi.
Sebanyak 16 pasukan mengambil
bahagian pada kejohanan itu dan empat negara seperti Rusia, Taiwan dan Korea
Selatan termasuk Malaysia turut menghantar pasukan terbaik mereka. - K! ONLINE 18
Mac 2018 1:59 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan