Ahad, 18 Mac 2018

Rajagopal jurulatih B23


 ARKIB : 12/04/2009
PETALING JAYA - K. Rajagopal dilantik jurulatih bawah 23 tahun yang akan menggalas cabaran dalam saingan Piala Antara Benua, Pestabola Merdeka dan Sukan SEA Laos hujung tahun ini.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad berkata, tugas baru itu tidak menjadi masalah buat Rajagopal memikul dua tanggungjawab kerana skuad Harimau Muda yang dibimbing sekarang berusia bawah 23 tahun.

"Pemain senior kebangsaan juga yang masih berusia 23 tahun ke bawah juga boleh diserap dalam pasukan tersebut dan beberapa pemain negeri serta kelab yang dilihat berpotensi,'' katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis FAM di sini, semalam.

Dalam Piala Antara Benua, Jun ini, FAM menyatakan enam negara akan menghantar skuad bawah 23 tahun, antaranya Turki, Brazil, Mexico, Thailand, Indonesia, Korea Selatan.

Sementara itu, FAM akan mengumumkan jurulatih skuad kebangsaan dua minggu lagi kerana masih mengadakan perbincangan dengan pasukan negeri.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5A9Zvguwc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan