Jumaat, 16 Mac 2018

TMJ tidak perlu tinggalkan FAM


KJ-TMJ
 KJ-TMJ
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (tiga dari kanan) dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (empat dari kanan) bersenam bersama masyarakat pada Program Fit Malaysia Peringkat Negeri di Bentong Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE
Abdul Rashid Abdul Rahman

17 Mac 2018 10:14 AM

BENTONG 17 Mac - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak perlu meninggalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandangan beliau amat diperlukan dalam membangunkan bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Tunku Ismail  telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan bola sepak negara.


"Tidak ada orang lain boleh ganti tempat beliau bagi menerajui bola sepak negara dan beliau  tidak boleh meninggalkan bola sepak negara," katanya dalam sidang akhbar pada majlis perasmian Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Padang Tras di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan. -SUMBER- UTUSAN ONLINE 17 Mac 2018 10:14 AM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan