ARKIB : 10/05/2009
SHAH ALAM - Ujian pertama K.
Rajagobal dalam mengendalikan skuad bawah 23 negara masih kurang menyerlah dan
memerlukan masa untuk serasi apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dalam
perlawanan persahabatan menentang Selangor di Stadium Shah Alam semalam.
Rajagobal menurunkan Farizal
Marlias (penjaga gol), Mohd. Sabree Abu, Aidil Zafuan Abd. Radzak, Mohd. Nasriq
Baharom, Asraruddin Putra Omar, Khyril Muhymeen Zambri, Amar Rohidan, Bunyamin
Omar, Baddrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan Talaha dan Zaquan Adha Abd Radzak
dalam kesebelasan utama.
Bagaimanapun Selangor terlebih dahulu
melakukan percubaan pertama di minit ke-10 apabila Hardi Jaafar merembat leret
dari luar petak penalti namun percubaannya sedikit tersasar.
Seminit kemudian Hardi melakukan
percubaan dari jarak yang sama bagaimanapun Faizal sudah bersedia untuk menepis
bola keluar tatkala percubaan susulan yang ingin dilakukan oleh R. Surendren
dikesan ofsaid oleh penjaga garisan.
Skuad bimbingan Rajagobal
memperoleh peluang terbaik di minit ke-16 melalui sepakan percuma Baddrol namun
Hamsani berjaya menepis bola tersebut keluar.
Rentak permainan pasukan bawah 23
tahun negara semakin menjadi apabila mendapat peluang kedua melalui penyerang
utama melalui Zakuan bagaimanapun rembatannya dalam petak penalti tepat ke arah
Hamsani.
Pada minit terakhir perlawanan
separuh masa pertama pasukan muda negara hampir membolosi gawang Selangor
melalui permainan cantik satu dua di antara Norshahrul Idlan Talaha dan
Bunyamin namun P. Gunalan pantas menghalang rembatan dekat Bunyamin tatkala
Hamsani sudah tertewas.
Separuh masa kedua menyaksikan
Rajagobal melakukan satu pertukaran iaitu mengeluarkan Farizal dan memasukkan
penjaga gol Selangor, Nasril Nourdin sambil mengekalkan pemain yang lain namun
tiada sebarang percubaan merbahaya.
Keadaan ini memaksa tiga
pertukaran pada minit ke-56 dengan mengeluarkan Sabree, Khyril dan Baddrol
dengan memasukkan Amirulhadi Zainal, Shahurain Abu Samah dan Fandi Othman.
Empat minit kemudian tiga lagi
pertukaran dilakukan oleh skuad bawah 23 tahun negara dengan Farderin Kadir,
Shukor Jusoh, Mazlizam Mohamad dimasukkan menggantikan Nasriq, Asrarudin dan
Norshahrul.
Pertukaran yang dilakukan
Rajagobal hampir membuahkan hasil apabila Aidil melakukan hantaran lintang dari
sebelah kanan pada minit ke-73 bagaimanapun Farderin yang tidak dikawal gagal
menanduk bola masuk ke dalam gawang.
Dominasi skuad bawah 23 beterusan
sehingga minit ke-87 apabila rembatan lencong Farderin dari luar petak penalti
hampir menewaskan penjaga gol ketiga Selangor, Fairul Azwan Shahrullail yang
menggantikan Hamsani.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5AOMFFRvG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan