Sabtu, 31 Mac 2018

Peluang tamat badi!

Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
MALAYSIA tidak mempunyai alasan lagi untuk gagal menamatkan badi tanpa kemenangan dalam 12 perlawanan apabila berdepan pasukan separuh profesional, Bhutan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Apa tidaknya, skuad kendalian Trevor James Morgan dianggap lawan yang mudah dengan mereka hanya menghuni kedudukan ke-188 dunia - 10 anak tangga di belakang Harimau Malaya.

Malah, Bhutan turut dianggap sebagai pasukan belasahan selepas pernah merekodkan kekalahan besar termasuk tewas 0-10 kepada Palestin dan terbaru dimalukan oleh Maldives 7-0 pada aksi kelayakan Piala Asia, Selasa lalu.

Bagi penjaga gol berpengalaman Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, kemenangan pada perlawanan esok amat penting untuk anak buah Tan Cheng Hoe bangkit daripada rentetan prestasi buruk sebelum ini.

“Seperti yang jurulatih katakan, kami sangat perlukan kemenangan. Jadi kami perlu fokus sepenuhnya. Saya harap perlawanan esok akan menjadi titik permulaan untuk skuad kebangsaan meraih keputusan positif selepas ini.

“Apapun, kami perlu perbaiki segala kelemahan ketika berdepan Lubnan (pada Selasa lalu). Stadium Nasional Bukit Jalil sememangnya mempunyai kenangan yang baik buat skuad kebangsaan termasuk ketika menjuarai Piala AFF Suzuki 2010,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, hari ini.

Skuad Harimau Malaya melepaskan peluang keemasan untuk menamatkan badi tanpa kemenangan apabila diikat 2-2 oleh pasukan tangga ke-189 dunia, Mongolia pada aksi persahabatan di gelanggang sama, pada 22 Mac lalu.

Nasib terus tidak menyebelahi anak buah Cheng Hoe apabila tewas 1-2 kepada Lubnan hasil jaringan saat akhir Hilal El-Helwe, biarpun persembahan baik dipamerkan mereka.

Malah, jika persembahan sama dipamerkan barisan pemain Harimau Malaya berdepan Bhutan esok, tidak mustahil misi menamatkan kemarau kemenangan dapat direalisasikan selepas kali terakhir merasai nikmat kemenangan ketika menumpaskan Kemboja 3-2 di saingan Piala AFF Suzuki pada 20 November lalu.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Mac 2018 @ 9:51 PM

Bhutan mahu kejutkan Harimau

Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
 
BIARPUN dianggap bakal menjadi mangsa belasahan skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan esok, pasukan Bhutan tetap sedia melakar kejutan besar.

Jurulatihnya, Trevor James Morgan menyifatkan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menjadi medan terbaik untuk dia menguji kemampuan sebenar anak buahnya yang keseluruhan dibarisi pemain separuh profesional.   

Sambil menyifatkan skuad Harimau Malaya memiliki banyak kelebihan, dia bagaimanapun enggan skuad bimbingannya yang lebih dikenali sebagai Dragon Boys menyerah kalah sebelum tamat 90 minit aksi sebenar.

“Kami mahu fokus untuk meningkatkan prestasi semasa semua pemain kerana ini adalah peluang terbaik berbuat demikian. Untuk menjadi yang terbaik, kami perlu menentang pasukan yang lebih baik seperti Malaysia.

“Malaysia mempunyai kombinasi pemain muda dan senior yang baik dan sudah pasti akan memberi kesukaran kepada kami.

“Namun, pemain saya sudah bekerja keras sepanjang latihan dan kami akan cuba memberi tentangan sengit pada perlawanan esok,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, hari ini.

Bhutan yang berada di kedudukan ke-188 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) - 10 anak tangga di belakang Malaysia, dibarisi majoriti pemain muda dan separuh profesional.

Malah, mereka juga dijangka bakal menjadi lawan mudah buat Malaysia yang dibarisi keseluruhan pemain profesional.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Mac 2018 @ 7:01 PM

'Saya tak letak sasaran gol'


Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
 
TAN CHENG HOE enggan meletakkan sasaran meraih kemenangan besar ke atas Bhutan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok, biarpun lawannya itu hanya dibarisi pemain separuh profesional.

Sebaliknya, pengendali pasukan kebangsaan itu berkata dia lebih fokus untuk menamatkan badi tanpa kemenangan yang masih membelenggu skuad Harimau Malaya dalam 12 perlawanan terakhir.

Sehubungan itu, bekas jurulatih Kedah itu menuntut anak buahnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan itu selain berwaspada dengan kejutan mungkin dilakukan pasukan di ranking ke-188 dunia itu. 

“Apa yang penting kita harapkan kemenangan. Bukan kemenangan besar kerana setiap perlawanan adalah berbeza. Jadi, saya harap pemain tidak memandang mudah terhadap kemampuan Bhutan.

“Kita dahagakan kemenangan kerana sudah lama kita tidak menang dalam perlawanan di peringkat antarabangsa. Saya harap pemain boleh teruskan momentum seperti ditunjukkan ketika berdepan Lubnan tempohari,” kata Cheng Hoe pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, hari ini.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan adalah ketika menewaskan Kemboja 3-2 pada aksi peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, 20 November 2016.

Selepas itu, prestasi suram terus membelenggu pasukan kebangsaan apabila berdepan sembilan kekalahan selain tiga seri termasuk pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 dan persahabatan antarabangsa.

Perlawanan berdepan Bhutan yang dianggap sebagai pasukan belasahan dilihat menjadi medan terbaik untuk Malaysia menamatkan badi tanpa kemenangan.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe berkata, beliau tidak akan melakukan banyak pertukaran pemain seperti ketika aksi terakhir kelayakan Piala Asia berdepan Lubnan, Selasa lalu.

“Kemungkinan saya hanya akan buat dua atau tiga perubahan saja, bukan semua kita tukar. Kita juga akan beri peluang kepada pemain yang belum beraksi pada pertemuan dengan Lubnan tempoh hari,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Mac 2018 @ 6:53 PM

Jumaat, 30 Mac 2018

Jangan pandang rendah Bhutan


HAFIZUL HAKIM (kiri) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan
HAFIZUL HAKIM (kiri) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan baru-baru ini menyedari bahawa Harimau Malaya bakal menghadapi saingan sengit walaupun berdepan dengan pasukan ranking lebih rendah termasuk Bhutan, esok.
Fadhilul Izmel Ishak

31 Mac 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 30 Mac - Penjaga gol Harimau Malaya, Hafizul Hakim menyifatkan pertemuan me­nentang Bhutan Ahad ini merupakan waktu terbaik untuk dia dan rakan sepasukan me­nebus kekecewaan selepas gagal mencipta kemenangan ke atas Mongolia minggu lalu.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe menerima kritikan apabila terikat 2-2 menentang Mongolia yang merupakan pasukan ke-189 dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Mac lalu, berbanding Malaysia yang berada di kedudukan ke-178. Lawan mereka kali ini berada pada kedudukan ke-188 dan Malaysia akan menentang Bhutan di venue yang sama.


Begitu pun, berdasarkan persembahan yang dipamerkan oleh pemain Harimau Malaya dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lebanon yang berkesudahan tewas 1-2 di tempat lawan pada Selasa lalu, Hafizul percaya Malaysia mampu mencipta kemenangan buat kali pertama sejak 2016.

“Setakat ini, kami tidak me­ngalami kecederaan serius selepas pertemuan menentang Lebanon dan kami semua fokus kepada perlawanan menentang Bhutan. Bagi saya, sama ada lawan yang bakal dihadapi mempunyai ranking lebih rendah atau tinggi bukan keutamaan, sebaliknya kami tidak boleh memandang rendah terhadap Bhutan.

“Saya yakin sekiranya kami mampu mengekalkan rentak permainan ketika menentang Lebanon tempoh hari, tidak mustahil untuk kami mencipta kemenangan, namun yang pen­ting kami tidak boleh berasa terlalu yakin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kali terakhir Malaysia mencipta kemenangan adalah ketika menewaskan Kemboja 3-2 dalam aksi Kumpulan B Piala AFF pada 20 November 2016.

Dalam pada itu, penjaga gol Perak itu menyedari pemain Bhutan sama seperti pemain Mongolia iaitu berstatus semi-pro dan Hafizul mengakui situasi itu memberi tekanan kepada Harimau Malaya.

“Walaupun pemain Bhutan semi-pro, kami tidak boleh mengambil mudah terhadap keupayaan mereka sebab bagi, bertemu dengan pasukan se­perti ini, kami lebih tertekan dan sudah tentu mereka akan memberikan aksi terbaik kerana mahu membuktikan sesuatu.

“Tekanan sudah tentu dirasai oleh kami berbanding menentang pasukan yang mempunyai kedudukan ranking lebih baik daripada kami,” katanya



SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-pandang-rendah-bhutan-1.638711#ixzz5BHfzzbMP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Harimau Malaya harungi 12 perlawanan tanpa kemenangan


Muhammad Shahrel Fikri
Muhammad Shahrel Fikri
30 Mac 2018 9:00 PM

KUALA LUMPUR 30 Mac - Skuad Harimau Malaya yang menghuni tangga ke-178 dalam ranking dunia kini mengharungi 12 perlawanan antarabangsa tanpa sebarang kemenangan sejak kali terakhir menewaskan Kemboja 3-2 dalam saingan Piala AFF Suzuki 2016.

Tumpuan sudah pasti tertumpu ke arah barisan anak buah ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang diharap mampu menamatkan episod suram itu apabila melayani kunjungan pasukan ke-188 dunia, Bhutan pada aksi persahabatan antarabangsa Kelas A di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.


Bagi pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, beliau percaya penyerang prolifiknya Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mampu memberi impak positif terhadap jentera serangan skuad kebangsaan sekiranya diturunkan pada aksi tersebut.

Abu Bakar berkata pemain berusia 23 tahun itu yang sebelum ini hampir menggantung but pada 2015 selepas disahkan mengalami masalah jantung, memiliki karakter seorang penggempur semula jadi selain mampu bermain di semua posisi pada bahagian serangan.

"Dia (Muhammad Shahrel) layak menyarung jersi kebangsaan selepas kerja keras dan keazaman yang ditunjukkan dalam usaha meningkatkan prestasinya selama ini selain membuktikan dia salah seorang penyerang tempatan terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.

"Mungkin dia kurang dari segi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa, tetapi dia seorang pemain yang bijak membaca peluang serta mudah menyesuaikan diri dalam sesuatu perlawanan," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Bakar berkata kemampuan menjaringkan gol melalui tandukan serta kebolehan mengawal bola dengan kedua-dua kakinya menjadikan beliau seorang penyerang yang istimewa dan kehadirannya dalam skuad kebangsaan akan memberi lebih banyak pilihan kepada Cheng Hoe.

"Dengan keupayaan menjaringkan gol menerusi pelbagai cara selain memiliki susuk tubuh seorang penyerang yang digeruni di tambah dengan kebolehan menggunakan kedua-dua kakinya, saya rasa dia akan memberi nafas baharu kepada jentera serangan jika diturunkan," katanya.

Untuk rekod, Muhammad Shahrel yang dinobatkan Penyerang Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017, sebelum ini pernah dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan oleh bekas ketua jurulatih Nelo Vingada, namun digugurkan akibat kecederaan.

Beliau dipanggil semula menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan berkesudahan Malaysia tewas 1-2, namun beliau hanya memanaskan bangku simpanan pada perlawanan tersebut. - BERNAMA





sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaya-harungi-12-perlawanan-tanpa-kemenangan-1.638392#ixzz5BHPHNDTc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Cheng Hoe optimis robek gawang Bhutan

Jumaat, 30 March 2018 | 7:06pm
 
PEMAIN Harimau Malaya jalani latihan sebelum aksi menentang Bhutan. -Foto Facebook FAM
Cheng Hoe optimis robek gawang Bhutan
Oleh Devinder Singh
devinder@nstp.com.my
PETALING JAYA: Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yakin barisan pemain kurang berpengalaman Harimau Malaya mampu merobek gawang Bhutan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Bhutan yang dibelasah Maldives 7-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia Selasa lalu, dijangka menampilkan corak permainan bertahan pada pertembungan sulung antara kedua-dua pasukan itu.

Sekiranya berlaku, Cheng Hoe perlu mencari jalan untuk membolosi gawang Bhutan, berbeza dengan situasi dihadapi ketika tewas 2-1 kepada Lubnan dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia di Beirut atau ketika seri 2-2 menentang Mongolia dalam aksi persahabatan.

Jentera serangan negara diketuai Zaquan Adha Abd Radzak yang sudah meledak enam gol antarabangsa.

"Sandaran menjaringkan gol tidak boleh diletakkan kepada penyerang semata-mata, barisan tengah juga perlu mencari peluang," kata Cheng Hoe yang dijangka akan melakukan beberapa perubahan selepas perlawanan dengan Lubnan.

"Tidak cukup dengan hanya menguasai permainan kerana kami perlu menang. Kami tahu Bhutan akan bertahan habis-habisan, jadi kami perlu sabar apabila menyerang.

"Dalam bola sepak moden kita tidak boleh terlalu ghairah menyerang kerana kita mungkin terperangkap dengan serangan balas. Ini yang kita pelajari ketika menentang Mongolia."

Penyerang PKNS, Jafri Firdaus Chew dijangka diberikan penampilan pertama di peringkat senior untuk memburu jaringan manakala Syazwan Andik Ishak, Syahmi Safari dan Syawal Nordin turut menjadi taruhan Cheng Hoe.

Malaysia menampilkan persembahan mengejutkan ketika bertemu Lubnan walaupun tidak diperkuat 12 pemain bintang dari Johor Darul Ta'zim, dan hampir mencatat keputusan seri sebelum dikecewakan dengan gol pada masa kecederaan.

Cheng Hoe berharap anak buahnya dapat mengekalkan rentak permainan serupa dalam usaha menamatkan kemarau kemenangan 12 perlawanan sejak November 2016.

"Kita dapat lihat pasukan lebih harmoni dan mula serasi walaupun baru dikumpulkan. Saya harap dapat melihat rentak sama ketika menentang Lubnan ditunjukkan. Tetapi kita perlu memperbaiki kawalan bola dan menjaringkan gol," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 30 March 2018 | 7:06pm

Yakin sengat barisan muda

Devinder Singh
devinder@nstp.com.my
 
JURULATIH skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yakin barisan pemain kurang berpengalaman Harimau Malaya mampu merobek gawang Bhutan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Bhutan yang dibelasah Maldives 7-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia Selasa lalu, dijangka menampilkan corak permainan bertahan pada pertembungan sulung antara kedua-dua pasukan itu.

Sekiranya berlaku, Cheng Hoe perlu mencari jalan untuk membolosi gawang Bhutan, berbeza dengan situasi dihadapi ketika tewas 2-1 kepada Lubnan dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia di Beirut atau ketika seri 2-2 menentang Mongolia dalam aksi persahabatan.

Jentera serangan negara diketuai Zaquan Adha Abd Radzak yang sudah meledak enam gol antarabangsa.

“Sandaran menjaringkan gol tidak boleh diletakkan kepada penyerang semata-mata, barisan tengah juga perlu mencari peluang,” kata Cheng Hoe yang dijangka akan melakukan beberapa perubahan selepas perlawanan dengan Lubnan.

“Tidak cukup dengan hanya menguasai permainan kerana kami perlu menang. Kami tahu Bhutan akan bertahan habis-habisan, jadi kami perlu sabar apabila menyerang.

“Dalam bola sepak moden kita tidak boleh terlalu ghairah menyerang kerana kita mungkin terperangkap dengan serangan balas. Ini yang kita pelajari ketika menentang Mongolia.”

Penyerang PKNS, Jafri Firdaus Chew dijangka diberikan penampilan pertama di peringkat senior untuk memburu jaringan manakala Syazwan Andik Ishak, Syahmi Safari dan Syawal Nordin turut menjadi taruhan Cheng Hoe.

Malaysia menampilkan persembahan mengejutkan ketika bertemu Lubnan walaupun tidak diperkuat 12 pemain bintang dari Johor Darul Ta’zim, dan hampir mencatat keputusan seri sebelum dikecewakan dengan gol pada masa kecederaan.

Cheng Hoe berharap anak buahnya dapat mengekalkan rentak permainan serupa dalam usaha menamatkan kemarau kemenangan 12 perlawanan sejak November 2016.

“Kita dapat lihat pasukan lebih harmoni dan mula serasi walaupun baru dikumpulkan. Saya harap dapat melihat rentak sama ketika menentang Lubnan ditunjukkan. Tetapi kita perlu memperbaiki kawalan bola dan menjaringkan gol,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Mac 2018 @ 7:07 PM

Gilir pemain sedia ada


Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
 
SKUAD kebangsaan yang memperaga aksi lebih kemas ketika bertemu Lubnan mendapat ‘ganjaran’ apabila semua 23 pemain yang dipanggil akan terus kekal untuk mengharungi persiapan bertemu Bhutan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Perkembangan itu dimaklumkan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang mengakui dia tidak merancang untuk memanggil mana-mana pemain baharu bagi aksi persahabatan bertemu pasukan ke-188 dunia dengan dia hanya akan menggunakan pemain yang sedia ada ketika ini.

“Setakat ini, kita berdepan kekangan masa yang singkat untuk aksi bertemu Bhutan jadi saya tidak akan memanggil mana-mana pemain memandangkan barisan kejurulatihan berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh barisan pemain.

“Kita juga perlu memberi peluang kepada pemain yang tidak beraksi menentang Lubnan dan berkemungkinan mereka akan diturunkan untuk perlawanan bertemu Bhutan. Tetapi kita perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai tahap kecergasan dan kecederaan setiap pemain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“Walaupun baru pulang dari Lubnan, tetapi kita tidak akan berehat kerana esok (hari ini) kita akan kembali menjalani latihan ringan memandangkan aksi persahabatan ini adalah begitu penting,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, kelmarin, ‘barisan kedua’ Malaysia nyaris merentap ego Lubnan sebelum tewas 2-1 menerusi jaringan minit akhir perlawanan.

Meskipun tewas, skuad kebangsaan yang dibarisi ‘generasi baharu’ itu mempamerkan aksi yang jauh lebih baik dan memberangsangkan berbanding ketika seri 2-2 bertemu Mongolia di laman sendiri, minggu lalu.

Mengulas lanjut persiapan pasukan kebangsaan, bekas jurulatih Kedah ini mahukan anak buahnya supaya meneruskan momentum yang dilakar ketika menentang Lubnan dalam usaha menuai kemenangan pertama ke atas Bhutan, Ahad ini.

“Corak permainan menunjukkan perkembangan yang positif dan saya melihat keyakinan pemain juga kian meningkat. Jadi saya mengharapkan mereka dapat terus memberikan persembahan yang konsisten bukan sahaja untuk aksi menentang Bhutan tetapi untuk aksi antarabangsa yang seterusnya.

“Bagaimanapun, harus diingat bahawa kita tidak boleh memandang rendah kemampuan Bhutan dan kita perlu bekerja keras untuk aksi persahabatan ini,” katanya.

Berdasarkan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Bhutan yang menjadikan memanah sebagai sukan nombor satu negara itu berada satu anak tangga mengatasi Mongolia (189) yang berjaya mengikat skuad Harimau Malaya 2-2 pada aksi persahabatan di laman sendiri sebelum ini.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Mac 2018 @ 5:29 PM

KAPS PEMAIN SELEPAS MELAWAN LUBNAN 27.3.2018


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

NO
NAMA PEMAIN
KAPS
GOL
23
M HAFIZUL HAKIM KHAIRUL
07
00
02
MATTHEW DAVIES
15
00
03
SHAHRUL MOHD SAAD
13
00
07
AKHYAR ABDUL RASHID
02
01
08
MUHAMMAD ZAQUAN ADHA
32
04
10
NAZMI FAIZ MANSOR
07
00
12
AKRAM MAHINAN
06
00
16
MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA
01
00
18
MAHALI JASULI
45
03
19
WAN ZACK HAIKAL
27
03
20
MUHAMMAD ARIF FARHAN
02
00
17
SYAFIQ AHMAD
02
01
13
R.KOGILESWARAN
01
00
05
SHAHREL FIKRI FAUZI
 02
00

Mohd. Zaquan tabik rakan-rakan sepasukan

Para pemain Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Para pemain Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini selepas dikecewakan Lubnan 1-2 pada aksi terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut.-- fotoBERNAMA
29 Mac 2018 11:36 AM

SEPANG 29 Mac - Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, yang diberikan tanggungjawab sebagai kapten pasukan kebangsaan menentang Lubnan pada Selasa, menabik rakan-rakan sepasukannya yang mempamerkan aksi cemerlang, walaupun tewas 2-1 kepada pasukan yang berada di kedudukan ke-87 dunia itu.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata, beliau menghormati semangat berpasukan dan karakter positif yang ditunjukkan oleh para pemain skuad Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-178, selepas hanya dua hari menjalani latihan bersama.



"Kami memang turun padang dengan hasrat untuk meraih kemenangan* Sebelum perlawanan mula lagi, dah cakap tiada apa yang mustahil dan dah tanam keinginan untuk menang, cuma nasib tidak menyebelahi kami.

"Kami akan meneruskan aksi yang serupa apabila turun melawan Bhutan pada Ahad ini. Kami tidak boleh berasa selesa selepas aksi Lubnan, tetapi harus memperbaiki kelemahan yang ada untuk perlawanan-perlawanan seterusnya," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sejurus tiba dari Beirut, Lubnan malam tadi.

Dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Camille Chamoun Sports City Stadium di Beirut, Lubnan mendahului melalui ketua pasukannya Hassan Maatouk yang membolosi gawang Malaysia menerusi sepakan penalti pada minit ke-19 selepas pemain pertahanan Malaysia Matthew Davies melakukan faul terhadapnya dalam kawasan penalti.

Pemain gantian Muhammad Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan bagi Malaysia pada minit ke-72, namun pasukan tuan rumah berjaya mengatasi Harimau Malaya pada minit akhir masa kecederaan menerusi Hilal El-Helwe.

Mohd Zaquan merupakan antara sembilan pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, selepas mengambil keputusan untuk melepaskan kapten Safiq Rahim serta 13 pemain daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berikutan keputusan seri 2-2 menentang Mongolia yang berada di ranking ke-189 dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Khamis lepas.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata pemain-pemain sedia ada ini akan dikekalkan untuk aksi ke atas pasukan ke-188 dunia, Bhutan di Stadium Nasional pada Ahad ini, kerana barisan kejurulatihan berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain-pemain tersebut.

"Perlu bagi pujian kepada sebahagian besar pemain yang pertama kali bersama pasukan kebangsaan dan bermain dalam perlawanan besar. Bukan mudah, tetapi atas keyakinan dan kepercayaan, barisan jurulatih yang beri peluang kepada mereka dan mereka balas dengan prestasi baik* Kami harap pemain-pemain tersebut dapat kekalkan prestasi konsisten sepanjang tahun ini.

"Walaupun keputusan kurang positif, tetapi kita nampak perubahan positif dari segi corak permainan yang boleh menguasai permainan dan beberapa serangan yang kita hampir jaringkan gol. Jikalau kita ambil peluang tersebut, kita boleh sekurang-kurangnya seri atau sebaliknya," katanya.

Beliau turut mengingatkan para pemain skuad Harimau Malaya supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan Bhutan, dalam misi mencari kemenangan selepas mengharungi 12 perlawanan tanpa kemenangan.

Kali terakhir pasukan kebangsaan mencatat kemenangan ketika menewaskan Kemboja 3-2 semasa kempen Piala AFF 2016, pada November tahun itu. - BERNAMA

 


SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mohd-zaquan-tabik-rakan-rakan-sepasukan-1.637333#ixzz5BDcuyfvK
© Utusan Melayu (M) Bhd