MyMetroArena
Arena Digital
SKUAD Harimau
Malaya diarah mengekalkan rentak kemenangan apabila berdepan Indonesia dalam
aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Selasa ini.
Ia disuarakan
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang
gembira melihat aksi cemerlang barisan kendalian Tan Cheng Hoe yang meraih
kemenangan dramatik 2-1 ke atas Thailand, kelmarin.
Biarpun pada
awalnya ketinggalan, namun atas semangat juang tinggi, pemain negara bangkit
menerusi dua jaringan sumbangan Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh.
“Perlawanan
malam tadi (semalam) penting, kita perlu menang dan Harimau Malaya berjaya
mencapai misi kemenangan demi negara.
Jika sebelum
ini, saya kecewa dengan kekalahan di tangan Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu
(UAE), tetapi kali ini, saya amat berpuas hati.
“Harimau
Malaya sudah mempamerkan semangat harimau sebenar meskipun masih ada kelemahan
yang perlu kita baiki.
Dengan
sokongan padu penyokong, Harimau Malaya ibarat memberi hadiah kemenangan buat
mereka dan saya amat berharap kita akan terus berbakti kepada penyokong dan
negara.
“Sekali lagi,
gunakan peluang beraksi di laman sendiri menentang Indonesia nanti, buktikan
sekali lagi anda pemain-pemain negara yang bagus,” katanya.
Hasil kejayaan
itu, skuad negara kini menghimpun enam mata untuk berada pada tangga keempat
carta Kumpulan G dan sekiranya berjaya meraih kemenangan ke atas skuad Garuda
kedudukan pasukan dijangka berubah sekali gus membuka peluang mencuri tiket ke
pusingan seterusnya.
Berdasarkan
format kelayakan ini, juara dari setiap kumpulan dan empat naib juara terbaik
akan layak secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 7:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan