MyMetroUtama
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
SANG Gajah
Perang akhirnya dibaham Harimau Malaya apabila Malaysia berjaya mencatat
kemenangan 2-1 menentang Thailand dalam aksi pusingan kedua Kumpulan G
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil,
malam ini.
Thailand yang
mengungguli Kumpulan G dengan tujuh mata jelas sekali goyah dengan taktikal
permainan dipamerkan anak buah Tan Cheng Hoe sekali gus terpaksa berputih mata
untuk mengekalkan rekod tanpa kalah sebelum ini.
Separuh masa
pertama menyaksikan anak buah Akira Nishino lebih menguasai perlawanan dengan
melakukan serangan berbahaya menerusi pemain sayap mereka.
Serangan
bertali arus skuad Gajah Perang terlebih dahulu berjaya menggegarkan gawang
tuan rumah seawal minit ketujuh menerusi Chanathip Songkrasin.
SYAFIQ diasak
pemain Thailand, Elias Dolah.
Tersentak
dengan gol berkenaan, skuad Harimau Malaya cuba mengatur serangan bahaya namun
berjaya dipatahkan pertahanan Thailand.
Peluang
terbaik negara hadir pada minit ke-11 namun rembatan Syafiq Ahmad hasil
hantaran Safawi Rasid mudah ditangkap penjaga gol Thailand Siwarak Tedsungnoen.
Gol penyamaan
hadir pada minit 26 apabila Brendan Gan mudah menolak bola masuk hasil hantaran
Syamer Kutty Abba untuk kedudukan 1-1.
Separuh masa
kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya tampil lebih meyakinkan dengan mengatur
serangan menerusi gandingan Syafiq, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.
Ternyata tiga gandingan ‘S’ itu menjadi duri dalam daging buat Thailand apabila
Sumareh menyumbat gol kedua untuk Malaysia hasil hantaran Brendan pada minit 56
untuk kedudukan 2-1.
Malaysia
berpeluang untuk menambah gol pada minit 74 namun sepakan Safawi melambung
sekali gus memberi kelegaan kepada pasukan pelawat.
Cheng Hoe
membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Afiq Fazail, Matthew Davies dan
Akhyar Rashid bagi mengantikan Sumareh, Nor Azam Azih dan Syahmi Safari pada
minit terakhir perlawanan.
Keputusan
kekal hingga tamat perlawanan dengan menyaksikan Malaysia meraih kemenangan
kedua dalam Kumpulan G dengan enam mata.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 10:42 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan