MUHAMMAD AFHAM
RAMLI | | 4 November 2019
Ifwat meminta
pelepasan bagi tugasan antarabangsa kali ini atas alasan urusan peribadi. -
Foto KEDAH FA
TEKA-TEKI
berhubung status penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim yang
digugurkan daripada skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab.
Menurut
pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, Ifwat telah meminta pelepasan bagi
tugasan antarabangsa kali ini atas alasan urusan peribadi.
“Sekiranya
pemain ada masalah atau urusan peribadi, kita perlu hormat keputusan itu.
Sebagai jurulatih, saya hormat keputusan itu,” katanya kepada pemberita semasa
sesi latihan Harimau Malaya di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Mengulas
prestasi Ifwat ketika Kedah tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi
final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu, Cheng Hoe
berkata, penjaga gol berusia 23 tahun itu telah memberikan aksi terbaik
sepanjang perlawanan.
“Saya tidak
boleh 100 peratus menyalahkan Ifwat kerana bola sepak bukan melibatkan seorang
pemain. Kita perlu tengok secara keseluruhan.
“Namun, ini
bukan bermaksud saya katakan Kedah sebagai pasukan yang tidak bagus, jangan
salah faham. Ifwat bermain dengan baik sama ada di Kedah ataupun ketika bersama
pasukan kebangsaan,” ujar bekas pengendali Kedah itu.
Ketiadaan
Ifwat menyaksikan Cheng Hoe membuat keputusan menyenaraikan penjaga gol muda
JDT II, Muhammad Haziq Nadzli.
“Pemilihan
Haziq adalah yang terbaik. Dia bermain dengan baik dan konsisten bersama kelab
(JDT II). Ini juga pendedahan awal terbaik untuknya sebelum Sukan SEA nanti.
“Ia sedikit
sebanyak memberi keyakinan kepada dia sebab bukan mudah bermain dalam pasukan
senior kerana tahap yang berlainan. Haziq perlu kerja keras untuk mencari
rentak,” ujarnya.
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan