MyMetroArena
Oleh Firdaus
Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
JENERAL
Harimau Malaya, Nor Azam Azih menganggap pemain yang dibawa jurulatih, Tan
Cheng Hoe pada kem latihan pusat kali ini adalah yang terbaik pernah dimiliki
pasukan.
Pemain Pahang
berusia 24 tahun itu berkata, dengan himpunan pemain tengah tersohor dari
pelbagai pasukan, dia yakin skuad negara mampu memberi cabaran apabila berdepan
Tajikistan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit
Jalil, malam ini.
Malah, ia juga
sebagai persediaan sempurna sebelum barisan skuad kendalian Tan Cheng Hoe
meneruskan misi wajib menang ke atas Thailand dan Indonesia pada aksi Kelayakan
Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue sama, Khamis depan dan 19 November
nanti.
“Saya rasa
sekarang bahagian tengah sangat baik sebab ada pemain baharu dan lama seperti
Baddrol Bakhtiar, Brendan Gan dan Afiq Fazail.
“Saya rasa
kelompok pemain kali ini adalah pilihan terbaik. Saya harap permainan akan
lebih meningkat terutama apabila kita lawan Thailand nanti,” katanya pada
sidang media praperlawanan, semalam.
Azam yang
disisihkan ketika skuad negara tewas 0-1 di tangan Vietnam di Hanoi ekoran
kecederaan buku lali, kembali disenaraikan Cheng Hoe.
Ketiadaannya
ketika tumbang kepada skuad Naga Emas amat dirasai apabila bahagian tengah
negara gagal berfungsi dengan baik sekali gus dikuasai sepenuhnya pemain
Vietnam.
Sudah tentu
sentuhannya kembali ditagih seperti mana aksi cemerlang yang ditonjolkan pemain
kelahiran Maran, Pahang itu apabila membantu pasukan mengejutkan Indonesia 3-2
pada aksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno selain hampir mengejutkan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum tewas 1-2.
“Saya harap
perlawanan malam esok (malam ini), kita menang selain menambah keserasian
pasukan supaya tampil lebih bersedia untuk kelayakan Piala Dunia,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 6:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan