MyMetroArena
MALAYSIA menewaskan Indonesia 2-0 menerusi dua gol menakjubkan Safawi Rasid pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Safawi, penyerang Johor Darul Ta’zim yang dinobat pemain terbaik kebangsaan hujung minggu lalu, menyempurnakan sepakan percuma mengagumkan pada minit ke-30 sebelum meledak gol kedua pada minit ke-73, kedua-duanya menggunakan kaki kiri.
Selepas perlawanan itu, peminat di laman sosial rata-rata memuji kehebatan penyerang muda negara itu susulan persembahan fantastiknya.
“Satu penamat mengagumkan daripada Safawi Rasid. Dia menjaringkan gol tepat pada masanya, Dia dipilih pemain terbaik Malaysia 2019 kerana semua ini,” tulis seorang peminat.
“Dua gol bertaraf dunia menerusi magis kaki kirinya. Itulah sebabnya dia dipilih Pemain Terbaik Tahunan. Safawi Rasid, pemain terbaik perlawanan, tidak ragu-ragu lagi,” komen seorang lagi peminat dalam Twitter.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 1:32 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan