MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
SKUAD Bawah 18
Tahun (B-18) negara bermula langkah kanan pada Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC
2020 di Phnom Penh apabila mengatasi tuan rumah Kemboja 5-4 malam ini.
Namun
perlawanan itu dicemari insiden dua layangan kad merah diterima Ahmad Zikri
Khalili dan Mukhairi Ajmal hingga memberi lebih banyak ruang kepada lawan
meledak jaringan.
Malaysia pada
satu ketika berada di kedudukan selesa apabila mengakhiri babak pertama dengan
3-0.
Gol skuad
kendalian Brad Maloney dihasilkan oleh Shafi Azswa pada minit ke-30 diikuti
jaringan Fakrul Iman (m-40) dan Azrin Afiq (m-43).
Empat belas
minit selepas rehat, Zikri dan Mukhairi dibuang padang dan peluang itu
dimanfaatkan Kemboja untuk meledak dua gol pantas menerusi Met Samel pada minit
ke-61 dan Chea Sokmeng (m-65).
Pada minit
ke-67, penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mempamer
ketajaman apabila meledak gol keempat negara diikuti jaringan kemenangan
Muslihuddin Atiq Mat Zahid pada minit ke-74.
Tuan rumah
menambah dua gol lagi menerusi Sieng Chanthea (m-77) dan Ly Mael (m-90).
Anak buah
Maloney akan menentang Brunei pada aksi kedua Rabu depan.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 10:46 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan