MUHAMMAD AFHAM
RAMLI | | 8 November 2019
Cheng Hoe (dua
dari kiri) bersalaman bersama ketua jurulatih Tajikistan, Usmon Toshev (tiga
dari kiri) selepas sidang media perlawanan persahabatan antara Malaysia
menentang Tajikistan bagi persiapan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium
Nasional Bukit Jalil hari ini. Turut kelihatan, pemain skuad Harimau Malaya,
Muhamad Nor Azam Abdul Azih (kiri) dan pemain Tajikistan, Nazarov Akhtam
(kanan). - Foto Bernama
A
A
KETUA
jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe akan memanfaatkan sebaiknya
perlawanan persahabatan menentang Tajikistan sebagai landasan untuk mencari
ramuan terbaik menjelang Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Menurutnya
bekas pengendali Kedah itu, sebagai ketua jurulatih, beliau masih dalam proses
mencari kombinasi pemainnya dan akan memberi peluang kepada pemain yang belum
beraksi untuk berdepan Tajikistan.
"Apa yang
saya mahu lihat dalam perlawanan menentang pasukan ranking lebih baik
(Tajikistan) ini, saya mahu setiap pemain kekalkan corak permainan dan masa
sama saya hendak lihat dari segi keserasian pemain.
"Ini
penting bagi anak buah saya meningkatkan tempo permainan setiap
perlawanan," katanya dalam sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil,
Kuala Lumpur menjelang aksi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Tajikistan.
Tambah Cheng
Hoe, menentang Tajikistan harus dimanfaatkan untuk Harimau Malaya untuk menjadi
lebih lebih kuat bagi meningkatkan keyakinan dan belajar sesuatu daripada segi
teknikal serta taktikal.
Katanya,
selepas beberapa hari sesi latihan, beliau melihat komitmen pemainnya bertambah
baik.
"Esok
adalah satu ujian buat kami dan saya masih lagi hendak melihat pemain untuk
terus meningkatkan prestasi mereka daripada segi latihan dan ujian. Berdasarkan
rekod Tajikistan dalam kelayakan Piala Dunia setakat ini, mereka sudah
mengumpul enam mata..dari segi fizikal mereka ada kelebihan dan saya harap
pemain belajar sesuatu.
"Saya
harap semua pemain saya tidak rasa tertekan untuk game ini. Kita perlu yakin
dan perlu main sebagai satu pasukan.... menyerang sebagai satu pasukan dan
bertahan sebagai satu pasukan," katanya.
Ketika ditanya
tentang pemain yang baru dipanggilnya iaitu Afiq Fazail dan Baddrol Bakhtiar,
Cheng Hoe berkata, pemain itu memberi satu petunjuk yang baik buat pasukan dan
secara tidak langsung akan membuatkan perlawanan itu nanti lebih berbeza.
Sementara itu,
pemain tengah, Nor Azam Abdul Azih menganggap kehadiran pemain terbaik negara
terutama dalam posisi tengah seperti Brendan Gan, Baddrol (Bakhtiar) dan Afiq
(Fazail) akan menjadi kombinasi yang baik buat pasukan.
"Saya
bangga selepas coach Tan (Cheng Hoe) senaraikan saya semula dalam skuad.
"Pemilihan
pemain senior dan junior dalam skuad kebangsaan diharap dapat menjelmakan
kemenangan dan menjadikan pasukan lebih serasi. Ini adalah perlawanan awal
menjelang perlawanan sebenar menjelang pertemuan dengan Thailand nanti,"
katanya.
Skuad Harimau
Malaya di ranking ke-158 akan bertemu Tajikistan yang berada di ranking ke-116
yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.
Perlawanan
menentang Tajikistan ini sebagai persiapan bagi menghadapi dua aksi Kumpulan G,
Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand
pada 14 November dan Indonesia (19 November) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
SUMBER-Artikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/56286/BERITA/Sukan/Cheng-Hoe-mahu-manfaat-peluang
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan