WARTAWAN SINAR
HARIAN | | 27 November 2019
Irfan (tengah)
giat berlatih bersama skuad B-22 negara di Stadium Memorial Rizal, Manila
semalam. - Foto: Persatuan Bola Sepak Malaysia
TONGGAK
pertahanan skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Muhammad Irfan Zakaria optimis
mampu membentuk persefahaman yang lebih ampuh bersama rakan-rakan sepasukannya
menjelang pertemuan menentang Filipina pada aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA
2019 di Stadium Memorial Rizal, Filipina Jumaat ini.
Pada aksi
pembukaan menentang Myanmar yang menyaksikan Harimau Muda sekadar mencatat
keputusan seri 1-1 Isnin lalu, Irfan digandingkan bersama-sama kapten, Adam Nor
Azlin serta Dominic Tan di barisan pertahanan.
Menyedari ada
kelompongan yang masih boleh diperbaiki selepas aksi tersebut, Irfan bertekad
mengekang jentera serangan Filipina yang pastinya mendapat sorakan padu
daripada penyokong sendiri nanti.
“Perlawanan
pertama banyak kekurangan... kami juga telah melihat kesilapan, kelemahan dan
kekurangan menerusi analisis video. Selepas ini kami akan cuba sedaya upaya
untuk meningkatkan prestasi.
"Saya
harap kami dapat memberikan aksi yang lebih baik apabila menentang Filipina
nanti. Saya yakin Filipina juga sudah pasti mahukan kemenangan pada perlawanan
kedua ini selepas mereka seri dengan Kemboja," katanya ketika ditemui pada
sesi latihan di Stadium Memorial Rizal, Manila hari ini.
Irfan, 24,
yang membuat penampilan ketiga pada temasya dwitahunan itu sejak edisi 2015
bersama-sama Adam Nor Azlin, 23, merupakan dua pemain lebih umur mewakili skuad
B-22 negara pada Sukan SEA kali ini.
SUMBER-Artikel
Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/59414/BERITA/Sukan/Irfan-tekad-perkemas-benteng-Harimau-Muda
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan