SUKAN»Bola
Jumaat, 22 November 2019 | 6:08pm
Gambar fail, Wan Kuzain Wan
Kamal. - Foto ihsan Ooi Kin Fai
Kuzain tak pergi Filipina
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Messi Amerika
Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal terlepas ‘tiket’ ke Sukan SEA 2019 apabila
namanya tiada dalam senarai 20 pemain ke temasya di Filipina itu.
Perkembangan itu diumumkan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan, hari ini.
Dalam kenyataan terbabit, FAM
menjelaskan pemain tengah Sporting Kansas City itu tidak dapat disenaraikan
berikutan masalah dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh
akhir pendaftaran pemain.
Dalam perkembangan sama, tujuh
daripada 20 pemain yang disenaraikan adalah daripada skuad yang memenangi
pingat perak pada Sukan SEA 2017.
Daripada tujuh pemain itu, dua
daripadanya iaitu Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria bakal mengisi kuota pemain
berusia lebih 22 tahun.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan