Selasa, 19 November 2019

Perlawanan Persahabatan Skuad B-22 Kebangsaan lwn PJ City FC


Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Arena MPSJ, Subang Jaya, petang tadi menyaksikan skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee menewaskan PJ City FC 4-0.

Malaysia mendahului pada babak pertama menerusi Nik Akif Syahiran pada minit keenam dan Jafri Firdaus Chew pada minit ke-26.

Pada penghujung babak kedua, Luqman Hakim menambah jurang jaringan Malaysia dengan dua lagi gol minit ke-73 dan ke-80 sekaligus memberikan kemenangan 4-0 kepada pasukan negara.

“Yang penting, saya dapat perlawanan-perlawanan persahabatan walaupun bukan perlawanan peringkat antarabangsa tetapi ini penting terutamanya untuk pemain-pemain mendapatkan ‘match fitness’ dan membina kecergasan para pemain,” kata ketua jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee selepas perlawanan persahabatan itu.

Perlawanan persahabatan hari ini adalah sebagai persiapan bagi skuad itu menghadapi Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.

SUMBER#FAM #HarimauMalaya #SEAGames2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan