Selasa, 12 November 2019

Syahmi, Syamer, Mat Yo terima anugerah AFF

MyMetroArena
 
"KEMENANGAN ini boleh dianggap sebagai pencetus semangat untuk skuad kebangsaan beraksi lebih baik pada mana-mana perlawanan akan datang,” menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika menyerahkan trofi dan plak Anugerah AFF 2019 kepada tiga pemain skuad kebangsaan selepas sesi latihan petang tadi.

Tiga pemain terbabit iaitu Syahmi Safari, Syamer Kutty Abba dan Norshahrul Idlan Talaha terpilih membarisi Kesebelasan Utama Terbaik AFF sekali gus beroleh tonik mujarab menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia.

"Malah, kejayaan ini juga boleh dijadikan inspirasi kepada pemain kebangsaan yang lain untuk terus melakar prestasi lebih hebat di atas padang," kata Hamidin.

Syahmi turut menerima Anugerah Gol Terbaik Piala AFF manakala Syamer dan Norshahrul juga menerima penghargaan pada Malam Anugerah AFF 2019 di Hanoi, Jumaat lalu.

Namun tiga pemain itu tidak dapat hadir ke majlis terbabit kerana komitmen bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan menentang Tajikistan, Sabtu lalu.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 9:41 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan