MUHAMMAD AFHAM
RAMLI | | 8 November 2019
Farhan giat
menjalani latihan bersama pemain Harimau Malaya lain di Padang Wisma FAM,
Kelana Jaya semalam.
PEMAIN sayap
Harimau Malaya, Farhan Roslan menjanjikan prestasi terbaik bagi membalas
kepercayaan yang diberikan Tan Cheng Hoe selepas disenaraikan dalam skuad
negara.
Menurutnya,
minit permainannya bersama Kedah pada musim ini banyak membantu dirinya untuk
lebih matang berbanding tahun lalu.
“Tersenarai
dalam senarai kesebelasan utama bersama pasukan Kedah meningkatkan pengalaman
saya.
“Sekiranya
coach (Tan Cheng Hoe) memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk
kesebelasan utama negara, saya akan buat sehabis baik.
“Namun, bagi
saya semua pemain yang ada hari ini juga mempunyai kualiti yang bagus terutama
di posisi saya. Saya harap saya tersenarai sekurang-kurangnya pada perlawanan
persahabatan nanti (Sabtu ini) menentang Tajikistan,” kata pemain berusia 22
tahun itu semasa sesi latihan skuad Harimau Malaya kendalian Cheng Hoe di
Padang Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.
Farhan Roslan
Tambah pemain
yang digelar Messi Kedah itu, dia yakin dirinya akan menampilkan persembahan
terbaik dengan kepercayaan yang diberikan Cheng Hoe.
Katanya,
saingan yang banyak dalam posisinya itu akan diambil sebagai kekuatan bagi
dirinya diberi peluang beraksi.
“Bagi saya
berada di bawah coach Tan (Cheng Hoe) bukan perkara baru kerana saya pernah di
bawah bimbingannya semasa coach menjadi jurulatih Kedah sebelum ini.
“Tiada banyak
beza coach (Cheng Hoe) sekarang dan dulu. Beliau adalah jurulatih yang mahukan
pemainnya sentiasa kerja keras semasa latihan dan permainan. Kalau kita berjaya
buat yang terbaik, Insya-ALLAH peluang itu ada,” katanya.
SUMBER-Artikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/56181/BERITA/Sukan/Farhan-tekad-balas-kepercayaan-Cheng-Hoe
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan