Selasa, 19 November 2019

Tak mahu provokasi melampau

DAIRI NOV 2
MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
JANGAN ulangi peristiwa di Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Itu permintaan tonggak pertahanan Harimau Malaya melakukan sebarang provokasi melampau.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, kenangan pahit ketika bertandang ke Gelora Bung Karno pada perlawanan pertama Kumpu, Shahrul Saad yang mahu penyokong kedua-dua pasukan bertindak lebih rasional dan tidak lan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, memberi banyak pengajaran kepada pemain dan mengharapkan situasi berkenaan tidak berulang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.

Menurutnya, penyokong kedua-dua pasukan tidak perlu melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan masalah hingga mengganggu rentak perlawanan.

Saya mengharapkan tiada provokasi seumpama itu dan penyokong datang dan nikmati perlawanan esok (hari ini),” katanya dalam sidang media praperlawanan Malaysia menentang Indonesia di SNBJ, semalam.

Sementara itu, Shahrul berkata, kunci kejayaan pasukan Malaysia adalah bahagian pertahanan yang semakin serasi dan mempunyai persefahaman baik, sekali gus mampu mengekang setiap asakan lawan.

Malah, Shahrul mahu perlawanan menentang Indonesia hari ini menjadi antara aksi terbaik pasukan negara.

Sementara itu, jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut mengingatkan penyokong Malaysia supaya tidak ‘membalas dendam’ dengan melakukan provokasi atau mencetuskan kekecohan hingga mengganggu tempo perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 445 AM:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan