Selasa, 10 September 2019

Selamat berjuang Harimau Malaya!


 HAMIDIN MOHD. AMIN memberi kata-kata semangat kepada pemain Harimau
HAMIDIN MOHD. AMIN memberi kata-kata semangat kepada pemain Harimau Malaya di hotel penginapan pasukan di Seri Kembangan, pagi tadi. - Gambar FAM
10 September 2019 1:34 PM

KUALA LUMPUR 10 Sept. - "Bermainlah dengan semangat juang tinggi".

Itu kata-kata semangat yang diberikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam pertemuan dengan pemain Harimau Malaya pagi tadi, iaitu beberapa jam sebelum sepak mula menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Bukit Jalil malam ini.


Menurut Hamidin, Malaysia telah menunjukkan semangat melawan yang hebat ketika mengalahkan Indonesia 3-2 di depan ribuan penyokong mereka di Jakarta, Khamis lalu dan momentum itu perlu diteruskan di tempat sendiri.

"Saya harap para pemain akan tampil dengan semangat juang yang tinggi dan mempamerkan persembahan terbaik mereka, lebih-lebih lagi kita akan dibantu dengan sorakan padu puluhan ribu penyokong sendiri di Rumah Harimau Malaya (Stadium Nasional) kita ini," katanya.

Aksi kedua Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan UAE akan bermula di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam ini.

Setakat semalam, sebanyak 21,000 tiket terjual menerusi sistem dalam talian dan penyokong yang mahu bersama Harimau Malaya malam ini boleh mendapatkan tiket di kaunter jualan Stadium Bukit Jalil bermula pukul 2 petang ini.

Turut sama dalam pertemuan ringkas dengan skuad Harimau Malaya adalah Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi yang juga pengurus pasukan, Datuk Posa Majais selaku penolong pengurus, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe serta barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan. SUMBER- UTUSAN ONLINE 10 September 2019 1:34 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan