Jumaat, 6 September 2019

Harimau Malaya naik barracuda lagi


 PEMAIN Harimau Malaya dibawa pulang ke hotel penginapan menaiki
PEMAIN Harimau Malaya dibawa pulang ke hotel penginapan menaiki barracuda selepas perlawanan menentang Indonesia di Stadium Bung Karno, Jakarta malam ini. - Gambar ihsan MEDIA SOSIAL
Rozaidi Zulkifli

06 September 2019 10:15 AM

JAKARTA 6 Sept. - Sejarah lama berulang lagi apabila pemain dan pegawai Harimau Malaya terpaksa menaiki kereta perisai barracuda untuk pulang ke hotel penginapan atas faktor keselamatan, sebentar tadi.

Sebanyak lima buah kereta perisai digunakan bagi mengelak skuad negara diganggu oleh penyokong tuan rumah sejurus tamat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia menang 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Bung Karno.


Selepas beberapa minit kereta perisai itu keluar dari perkarangan stadium, bas yang membawa pasukan ke gelanggang berkenaan dilihat bergerak keluar bagi mengelirukan penyokong Indonesia.

Ini bukan kali pertama pemain Malaysia terpaksa dibawa menaiki barracuda dalam perlawanan di Indonesia.

Pada 2010, Malaysia berdepan situasi yang sama selepas dikepung penyokong tuan rumah dan dibaling objek keras ketika beraksi dalam final Piala AFF.

Pada Sukan SEA 2011, situasi sama berlaku apabila pasukan negara sekali lagi dibawa menaiki barracuda selepas berdepan provokasi penyokong tuan rumah. SUMBER- UTUSAN ONLINE 06 September 2019 10:15 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan