MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PERANG psikologi antara perkara perlu dihadapi pemain Malaysia apabila
bertandang ke Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, 5 September ini.
Ia sekali gus menuntut setiap anak buah jurulatih Tan Cheng Hoe memiliki
tahap kekuatan mental yang tinggi.
Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Nor Azam Azih mengaku dia tidak pernah
berdepan pengalaman menaiki kereta perisai (barracuda) dan percaya perang
psikologi secara berlebihan mampu mengganggu tumpuan ketika beraksi.
Katanya, fokus sekarang ini adalah menyediakan mental dan fizikal
seterusnya menghadapi sebarang kemungkinan ketika bertandang ke stadium keramat
skuad Garuda itu.
“Setakat ini, saya belum pernah melalui situasi berkenaan terutama menaiki
barracuda walaupun sebelum ini ada juga provokasi, namun tidaklah seteruk itu,”
katanya.
Skuad kebangsaan diletakkan dalam Kumpulan G pada kempen pusingan kedua
kelayakan Piala Dunia 2-22.
Ia menyaksikan Malaysia bakal memulakan aksi menentang Indonesia di halaman
lawan dan akan melayani kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September
di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain dua pasukan itu, skuad negara akan turut berdepan Thailand dan
Vietnam dalam kumpulan dengan Malaysia menyasarkan untuk cuba melepasi saingan
peringkat kumpulan.
Azam yang juga pemain Pahang berkata, kehadiran rakan sepasukan, Saddil
Ramdani dalam barisan skuad Indonesia mungkin memberi kelebihan kepada tuan
rumah.
“Mungkin ada kelebihan kepada mereka kerana Saddil bermain bersama saya dan
beberapa pemain lain seterusnya perlu mengawasinya dengan lebih ketat,”
katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 12:07 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan