Selasa, 19 Julai 2016

SuperMokh tetap dalam memori

Zamri Adam (kanan) mencabar Mokhtar beraksi untuk Selangor pada perlawanan Piala Malaysia di Seremban pada 19 Januari 1986. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Legenda bola sepak kebangsaan dan Selangor, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang digelar SuperMokh sudah 25 tahun meninggalkan kita.

Sehingga kini, kaki bola masih belum dapat melupakan aksi lincah, kredibiliti dan kehebatannya di padang mempersona serta menambat hati pelbagai pihak dan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan dan latar.

Bagi peminat, rakan sepasukan, lawan mahu pun pengulas dan wartawan bola sepak, hanya ada satu SuperMokh saja pernah dilahirkan oleh Malaysia.

Dikenali antara terbaik Asia pada era 70-an, Mokhtar dianugerahkan kemahiran tinggi, kerap meledak gol menarik pada perlawanan kompetitif disertainya di peringkat kebangsaan atau liga tempatan.

Gandingan bersama rakan sepasukan, mencetus aura menjulang Malaysia muncul pasukan digeruni lawan di rantau Asia, pernah membuatkan Jepun dan Korea Selatan berputih mata.

Allahyarham berjabat tangan dengan legenda Argentina, Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan Selangor FA menentang Boca Juniors.

Sehingga kini, anak kelahiran Setapak meninggal dunia pada usia 37 tahun itu tiada galang ganti.

SuperMokh tetap SuperMokh. Al Fatihah.

(13 November 1953 – 11 Julai 1991)

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 8:33 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan