Khamis, 14 Julai 2016

Sah Kunanlan juga bersara

14 Julai 2016 10:02 AM
Kunanlan umum keputusan bersara pagi ini untuk mengikut jejak
KUALA LUMPUR 14 Julai - S. Kunanlan sah menjadi pemain ketiga yang mengumumkan persaraan daripada mewakili skuad kebangsaan selepas Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Safiq Rahim.
Pemain sayap Johor Darul Takzim (JDT) membuat pengumuman itu menerusi laman web rasmi johorsoutherntigers.com.my. sehari selepas Aidil dan Safiq berbuat demikian sekali gus memperakui spekulasi yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Bagaimanapun setakat ini belum ada lagi pengumuman rasmi dibuat seorang lagi pemain penyerang JDT, Mohd. Amri Yahyah yang turut dilaporkan akan menggantung but dalam tempoh terdekat ini.
“Saya mengambil keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan di mana penampilan terakhir saya ialah ketika menentang Papua New Guinea dalam satu aksi persahabatan baru-baru ini. Apa pun saya bangga sekali kerana dapat menyarung jersi kebangsaan sejak dalam skuad bawah 23 tahun negara hingga sekarang. Terima kasih kepada yang menyokong dan membimbing saya selama ini. Saya akan sentiasa menghargainya,” kata Kunanlan dalam laman web itu.

-Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sah-kunanlan-juga-bersara-1.353362#sthash.Kzr2pUSx.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan