Khamis, 14 Julai 2016

Ranking naik ceriakan Harimau Malaysia

14 Julai 2016 6:18 PM

KUALA LUMPUR 14 Julai - Pada ketika peminat bola sepak negara masih dalam kebingungan ekoran tindakan empat tonggak kebangsaan bersara secara mendadak, skuad Harimau Malaysia bagaimanapun menerima khabar gembira apabila mendaki enam anak tangga dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee pasti orang paling gembira menyaksikan skuad bimbingannya naik ke kedudukan 167 dunia, berbanding 173 dunia sebelum ini.
Kim Swee bukan sahaja terpaksa berdepan isu persaraan mengejut kapten dan penolong kapten, Safiq Rahim serta Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, selain S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal, malah pasukannya sebelum ini turut dikritik gara-gara mengadakan aksi persahabatan di kepulauan Oceania sepanjang Ramadan lalu yang disifatkan sesetengah pihak sebagai satu pembaziran.
Bagaimanapun, beberapa aksi persahabatan yang diharungi pasukannya itu membantu kepada kenaikan ranking dunia dan memberi sedikit motivasi kepada Harimau Malaysia sebelum menghadapi Piala AFF, November ini. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ranking-naik-ceriakan-harimau-malaysia-1.353576#sthash.VTWfxmmG.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan