Jumaat, 22 Julai 2016

Bola, takraw ke zaman silam?

ARKIB : 02/01/1998
PERUBAHAN yang dilakukan oleh dua sukan utama iaitu bola sepak dan sepak takraw pada tahun ini bakal menyaksikan sukan negara kembali ke zaman silam, tanpa dapat dipastikan mutunya boleh dipertingkatkan atau sebaliknya.

Badan induk bola sepak, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dahulunya berkeras mahukan persaingan semua pasukan dalam kancah Liga Perdana terlebih dahulu bagi merebut 10 tempat ke Piala malaysia, kini sudah berubah haluan.

Musim ini, FAM kembali kepada format lama dengan memecahkan Liga Perdana kepada dua iaitu Premier Satu dan Premier Dua yang disifatkan langkah terbaik menangani kemelut mutu rendah bola sepak negara.

Walaupun cabaran dijangka lebih menarik dengan penyertaan skuad Olimpik, serta pasukan daripada Piala FAM, tetapi sejauh manakah ia mampu bertahan belum dapat ditentukan.

Begitupun, langkah drastik ini mungkin juga penyembuh kekecewaan akibat kegagalan skuad negara pada Sukan SEA di Jakarta, Oktober tahun lalu, termasuk dileburkan Laos 0-1.

Kekalahan mengaibkan itu memaksa FAM merumus formula baru yang diyakini mampu mengubah cita rasa dan semangat pemain untuk lebih mengutamakan negara daripada kepentingan peribadi.

Dengan mengehadkan bayaran gaji sejumlah RM5,000 kepada setiap pemain kontrak, serta tidak melebihi RM8,000 termasuk bonus, FAM menaruh harapan besar Malaysia boleh mencipta kejayaan pada masa akan datang.

Begitupun tanpa disedari FAM sebenarnya hanyalah kembali ke format lapuk yang cuma ditambah rencah dengan kehadiran pemain import serta barisan pemain muda skuad Olimpik yang semakin garang.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4FD2cW7jR © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan