Selasa, 22 Mac 2016

Tagih magis Kim Swee

 myMetro
Sepang: Magis Datuk Ong Kim Swee benar-benar ditagih Harimau Malaysia bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 berdepan Arab Saudi, Khamis ini.

Apa tidaknya, baru semalam pengendali berusia 45 tahun itu dapat mengumpul semua 23 pemain selepas kumpulan lapan pemain terakhir dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Perak menyertai pasukan.

Semua lapan pemain itu termasuk kapten Safiq Rahim yang terbabit dengan komitmen bersama kelab masing-masing dalam saingan suku akhir Piala FA.

Dengan masa yang cukup suntuk sebelum perlawanan bertemu Arab Saudi, tidak banyak yang dapat dilakukan Kim Swee, tetapi beliau tetap akan mencuba mencari formula terbaik dalam persiapan untuk bertemu lawan.

“Yang positif adalah kami tidak berdepan sebarang masalah kecederaan. Saya tahu pemain seperti dari Johor DT, Kedah dan Shahrul Saad (Perak) keletihan dan hanya melapor diri pagi tadi (semalam).

“Saya harap apabila mereka ke Jeddah nanti, mereka akan bertambah baik sebelum perlawanan dengan Arab Saudi.

“Sebaik tiba di sana, kami akan melakukan latihan ringan dan kemudian saya akan buat sedikit latihan yang lebih kepada taktikal.

“Selepas itu, saya terpaksa turunkan intensiti latihan sehari sebelum perlawanan. Jadi, tidak banyak sebenarnya yang boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 9:04 AM
 
KIM Swee (kanan) memberi taklimat kepada pemain selepas aksi bertemu kelab Liga FAS, NPNG Emkay di padang Wisma FAM, kelmarin.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/124280#sthash.JuELDuWg.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan