Isnin, 21 Mac 2016

Misi pelengkap jadual

 
SKUAD bola sepak negara berlepas ke Jeddah semalam bagi mengharungi aksi terakhir peringkat Kumpulan A menentang Arab Saudi pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

SKUAD bola sepak kebangsaan berlepas ke Jeddah semalam untuk melengkapkan kempen mereka pada saingan peringkat Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Mereka akan menentang Arab Saudi pada perlawanan terakhir tersebut awal pagi Jumaat ini dan apa yang pasti, impian skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu untuk meraih kemenangan memang suatu yang sangat sukar.

Bukan bertujuan merendahkan kewibawaan skuad negara tetapi ia adalah berdasarkan prestasi Malaysia di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun lalu.

Andai beraksi di tempat sendiri pun terlalu mudah dibelasah, inikan pula bermain di tempat lawan.

Aksi terakhir itu merupakan pelengkap jadual buat skuad negara yang kini sedang dalam proses penyusunan semula untuk membentuk pasukan kebangsaan lebih berdaya saing seperti dijanjikan Kim Swee sejak dilantik menjadi jurulatih pada Januari tahun ini.

Dua pasukan ini sudah membuat perhitungan pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada September lalu, namun perlawanan tersebut dihentikan pada minit ke-88 gara-gara kekecohan penonton dan ketika itu Malaysia ketinggalan 1-2.

Namun, Arab Saudi telah diberikan kemenangan percuma 3-0 dan Malaysia pula didenda beraksi dalam stadium tanpa penonton.

Bagi Kim Swee, walaupun tahu perlawanan terakhir menentang Arab Saudi ini memang sukar tetapi beliau mahukan barisan pemainnya membuktikan sesuatu dengan gaya permainan yang lebih meyakinkan.

“Sebelum ini, kita kalah 0-3 kepada mereka. Kita tahu Arab Saudi merupakan sebuah pasukan yang cukup kuat. Kali ini kita beraksi di tempat lawan, sudah tentu mereka memiliki keyakinan yang cukup tinggi.

“Saya harap semua pemain mengekalkan fokus serta beraksi dengan penuh berdisiplin. Ketika aksi di Malaysia, kita mampu memberi tentangan yang cukup hebat kepada mereka. Jadi, saya mahu pemain-pemain menampilkan aksi serupa pada perlawanan itu nanti,” kata Kim Swee ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz43USJPigp Hakcipta terpelihara

Kami perlu buktikan – Kim Swee



Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

BARISAN pemain skuad bola sepak negara berlepas ke Jeddah semalam untuk menentang Arab Saudi pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Jumaat ini.

MALAYSIA mahu membuktikan sesuatu pada aksi terakhir Kumpulan A kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi di Jeddah, Jumaat ini biarpun gagal mara ke peringkat seterusnya lebih awal.

Pada pertemuan pertama yang berlangsung di Stadium Shah Alam, September tahun lalu, Arab Saudi diberikan kemenangan percuma 3-0 selepas penyokong Malaysia melakukan kekecohan pada minit ke-88 ketika Malaysia ketinggalan 1-2.

Biarpun perlawanan ter­akhir ini adalah aksi pelengkap jadual, namun skuad kebangsaan ber­azam untuk menampilkan aksi ter­baik serta memberikan tentangan hebat kepada pasukan dari Asia Barat tersebut pada per­lawanan itu nanti.

Jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menggesa semua pemainnya agar tidak mudah leka selain menampilkan aksi sama seperti melayan kunjungan Arab Saudi di Shah Alam tahun lalu memandangkan mereka bakal beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.

“Sebelum ini, kita kalah 0-3 kepada mereka. Kita tahu, Arab Saudi merupakan sebuah pasukan yang cukup kuat. Kali ini kita beraksi di tempat lawan, sudah tentu mereka memiliki keyakinan yang cukup tinggi.

“Saya harap semua pemain mengekalkan fokus serta ber­aksi dengan penuh berdisiplin. Ketika aksi di Malaysia, kita beri tentangan yang cukup hebat kepada mereka.

“Jadi, saya mahu pemain-pemain menampilkan aksi serupa pada perlawanan itu nanti,” kata Kim Swee kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Mengulas mengenai pemain-pemain pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Kedah yang mungkin masih keletihan akibat mengharungi jadual padat dalam saingan domestik, Kim Swee berkata, skuad negara akan menjalani sesi pemulihan apabila tiba di Jeddah nanti.

“Apa yang positif adalah tiada masalah kecederaan dalam kalangan pemain, namun kami tahu ada pemain yang keletihan, terutamanya pemain-pemain dari pasukan Johor DT dan Kedah. Saya harap apabila sampai di sana (Jeddah) nanti, mereka akan bertambah baik.

“Kami akan buat sesi pemulihan apabila tiba nanti. Mengenai latihan, mungkin pada 22 Mac (esok) baru kita mulakan latihan taktikal. Sehari sebelum perlawanan, kita akan kurangkan intensiti latihan,” ujarnya lagi.

Pengendali kelahiran Melaka itu juga mendedahkan, beliau hanya akan menyenaraikan ke­sebelasan utama untuk perlawanan itu nanti selepas menilai aksi semua pemain ketika sesi latihan di sana.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz43Y0fDrrf Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan