Khamis, 24 Mac 2016

Arab Saudi tundukkan Harimau Malaysia 2-0

JUMAAT, 25 MAC 2016 @ 7:26 A
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia sekali lagi tunduk di tangan Arab Saudi dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 apabila tewas 2-0 di Stadium Bandaraya Sukan Raja Abdullah, malam tadi.

Aksi terakhir itu meletakkan Malaysia di tangga keempat Kumpulan A dengan empat mata manakala Timor Leste kekal tercorot di tangga kelima dengan hanya dua mata. Arab Saudi kekal di tangga teratas kumpulan dengan mengumpul 19 mata diikuti Emeriyiah Arab Bersatu dengan 16 mata. Pada pertemuan pertama dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam September lalu, Harimau Malaysia terpaksa akur dengan kemenangan 3-0 yang diberikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada Arab Saudi selepas perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-87 susulan kekecohan penyokong. 
JURULATIH Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee. - Foto Hasriyasyah Sabudin

SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/137098

Tiada ulasan:

Catat Ulasan