Label
- ARKIB 1998
- B-23 2018
- BALASUNGKAWA
- BOLASEPAK MALASIA 1981
- BOLASEPAK MALASIA 2016
- BOLASEPAK MALASIA 2018
- BOLASEPAK MALAYSIA 1962
- BOLASEPAK MALAYSIA 1977
- BOLASEPAK MALAYSIA 1998
- BOLASEPAK MALAYSIA 1999
- BOLASEPAK MALAYSIA 2000
- BOLASEPAK MALAYSIA 2001
- BOLASEPAK MALAYSIA 2002
- BOLASEPAK MALAYSIA 2003
- BOLASEPAK MALAYSIA 2004
- BOLASEPAK MALAYSIA 2005
- BOLASEPAK MALAYSIA 2006
- BOLASEPAK MALAYSIA 2007
- BOLASEPAK MALAYSIA 2009
- BOLASEPAK MALAYSIA 2010
- BOLASEPAK MALAYSIA 2011
- BOLASEPAK MALAYSIA 2013
- BOLASEPAK MALAYSIA 2016
- BOLASEPAK MALAYSIA 2017
- BOLASEPAK MALAYSIA 2018
- BOLASEPAK SUKAN SEA
- BOLASEPAK SUKAN SEA2003
- CHAN WING HOONG
- JUARA AFF2010
- KAPS PEMAIN
- Kelayakan Olimpik
- KELAYAKAN PIALA ASIA
- MALAYSIA 2015
- MALAYSIA U-14 2016
- MALAYSIA U-19 1998
- MALAYSIA U-19 2016
- MALAYSIA2011
- MALAYSIAB-16
- PEMAIN MUDA 2017
- PENJARING TERBANYAK
- PESTABOLA MERDEKA
- PIALA AFF SUZUKI
- PIALA NIKE 1998
- PIALA TIGER
- RANGKING DUNIA
- SKUAD OLIMPIK 07
- SKUAD OLIMPIK 1998
- ZAQUAN 2018
Khamis, 17 Mac 2016
Kim Swee sudah ada perancangan
KIM SWEE (kiri) memantau sesi latihan skuad negara di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
KETUA jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui sudah mula memikirkan strategi dari segi taktikal dan formasi pasukan kebangsaan menjelang aksi menentang Arab Saudi pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 yang berlangsung di Jeddah pada 24 Mac ini.
Sebagai rekod, saingan menentang Arab Saudi merupakan perlawanan rasmi pertama Kim Swee sejak dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membimbing skuad kebangsaan secara tetap pada Januari lepas.
Sehubungan itu, pengendali berusia 45 tahun itu menuntut anak-anak buahnya memberi komitmen seratus peratus selain tumpuan penuh terhadap perlawanan menentang pasukan gergasi Timur Tengah itu supaya skuad kebangsaan dapat memperoleh keputusan positif.
“Saya boleh mengatur pelbagai strategi tetapi ia tidak berguna sekiranya pemain gagal memberikan tumpuan sepenuhnya. Apa yang penting adalah pemain perlu tahu tugas yang diberikan kepada mereka dan kekal berdisiplin sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
“Mengenai formasi yang bakal diterapkan, saya masih belum membuat sebarang keputusan tetapi sudah ada perancangan awal untuk pasukan. “Namun, segala percaturan tersebut bergantung terhadap prestasi pemain ketika kami menjalani sesi latihan di Jeddah nanti,” kata Kim Swee ketika ditemui selepas sesi latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Dalam perkembangan sama, bekas jurulatih Harimau Muda itu mengakui gembira dengan kemenangan yang diraih oleh Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) minggu ini.
“Saya lihat keputusan yang dicatatkan oleh kedua-dua pasukan adalah positif kerana ia mampu menaikkan tahap keyakinan barisan pemain khususnya yang dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan kerana ia adalah aksi bertaraf Asia.
“Bagaimanapun, aksi menentang Arab Saudi nanti adalah satu perlawanan yang berbeza, ia tidak sama ketika pemain mewakili pasukan kelab kerana saingan tersebut menuntut komitmen sepenuhnya daripada pemain,” jelasnya lagi.
Sementara itu, tiga pemain tonggak Gergasi Merah, Nazmi Faiz Mansor dan dua pemain pertahanan, Azrif Nasrulhaq dan Muhd. Shahrom Kalam telah melaporkan diri ke kem skuad negara semalam.
“Ketiga-tiga pemain tersebut selain Hafiz (Kamal) yang terlebih dahulu menyertai sesi latihan kelmarin, nampak keletihan. Justeru, saya berharap mereka dapat menjalani proses pemulihan dengan segera,” ujarnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan