Sabtu, 26 Mac 2016

Brendan belum puas

Kuala Lumpur: Pemain kelahiran Australia Brendan Gan yang membuat kemunculan sulung bersama pasukan kebangsaan ketika tewas 0-2 kepada Arab Saudi pada aksi terakhir pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, memasang tekad untuk memastikan tempatnya dalam skuad Harimau Malaysia.

Katanya, kesempatan diberikan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee ketika di Jeddah itu membuatkannya teruja untuk menghadapi aksi persahabatan antarabangsa berstatus A menentang Macau di Stadium Hang Jebat, Selasa ini.

“Saya puas dapat bantu pasukan negara mengekang Arab Saudi daripada membolosi lebih banyak gawang kita.

“Kalau boleh saya mahu teruskan aksi konsisten ini jika dipilih untuk beraksi menentang Macau nanti,” katanya kepada Arena Metro, semalam.


Bekas pemain Sydney FC itu yang kini mewakili Kelantan dalam saingan Liga Super, antara muka baru yang mendapat kepercayaan Kim Swee bagi membarisi skuad kebangsaan kali ini.

Selain Brendan yang mendapat panggilan pertama dengan skuad senior ketika aksi di Stadium King Abdullah Sports City itu, ia juga penampilan kedua buat pertahanan Selangor Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham di peringkat antarabangsa.

“Pasukan ini skuad masa depan dengan jurulatih memanggil ramai pemain muda menyarung jersi negara.

“Bagi saya pasukan ini mempunyai masa depan cukup baik, sekiranya dikekalkan tidak mustahil kami mampu mencabar kejuaraan Piala AFF penghujung tahun nanti,” kata pemain naturalisasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 5:05 AM
 
BRENDAN (kiri) harap terima kepercayaan Kim Swee menentang Macau.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/125689#sthash.inKKKUW6.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan