Sabtu, 22 Mei 2021

Presiden FAM Serah Jam Tangan Edisi Terhad G-SHOCK Kepada Pemain Harimau Malaya



Para pemain skuad Harimau Malaya, hari ini telah menerima jam tangan edisi terhad CASIO G-SHOCK Harimau Malaya setiap seorang tajaan Casio untuk dipakai mereka sepanjang kem latihan pusat menjelang baki tiga aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE, Jun ini.

Majlis penyerahan ringkas jam tangan tersebut disempurnakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin ketika sesi latihan hari kedua kem skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang tadi.

#FAM #HarimauMalaya #Casio #GShock1

_____________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan