Oleh Muzaffar Musa 11 Mei 2021 3393
Kelayakan Piala Dunia: Cheng Hoe beri penjelasan tentang pemilihan pemain
Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, menjawab kritikan mengenai pemilihan pemainnya menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.
Seramai 25 pemain disenaraikan semalam bagi membawa cabaran negara ke UAE dengan tonggak pertahanan, Shahrul Saad, terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan lutut.
Bagaimanapun, penyenaraian nama pemain yang tidak banyak mendapat minit permainan dalam saingan liga seperti Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid menimbulkan kritikan memandangkan masih ada pemain lain yang lebih menyerlah seperti pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Hakimi Abdullah, selain tonggak Penang FC, Al-Hafiz Harun.
Mengulas mengenai perkara itu, Cheng Hoe berkata kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom: "Untuk sementara ini, kami berasakan perlawanan di peringkat antarabangsa dan Liga Malaysia agak berbeza."Bukan saya mahu merendahkan liga kita tetapi ramai tahu bahawa peringkat antarabangsa, suana perlawanannya, daripada segi intensiti, kelajuan dan taktikal permainan, agak berbeza.
"Bagaimanapun, pemain-pemain tgersebut akan diberikan peluang pada masa akan datang.
"Memang kami sudah terbiasa dengan perlawanan antarabangsa dan sudah pasti Akhyar tidak akan sentiasa mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, malah dia perlu menunjukkan semangat yang tinggi untuk merebut tempat dalam senarai 23 terakhir kerana kami masih mempunyai 25 pemain pada ketika ini.
"Setiap pemain perlu bekerja keras untuk memastikan mereka akan berada dalam skuad 23 terbaik dan seterusnya kesebelasan terbaik," katanya.1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan