Selasa, 24 Julai 2018 | 6:02pm
DATUK Mohd Yusoff Mahadi. - Foto
Rasul Azli Samad
Tolong jaga pemain kami!
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak
Bola Seluruh Indonesia (PSSI) perlu menetapkan kawalan keselamatan paling
maksimum buat skuad bola sepak Malaysia sepanjang Sukan Asia Jakarta-Palembang,
bulan depan.
Itu permintaan Timbalan Presiden
Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Mohd Yusoff Mahadi kepada PSSI selepas
insiden pasukan B-19 negara dibaling objek oleh penyokong Indonesia ketika
kejohanan AFF B-19 di Surabaya, 12 Julai lalu.
Bagaimanapun, Yusoff percaya
tahap keselamatan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di Sukan Asia nanti lebih
terjamin berdasarkan hubungan baik antara FAM dan PSSI.
"Kami pun sudah melahirkan
rasa kurang senang (berkenaan insiden penyokong) kepada PSSI, tapi lebih kepada
persahabatan, bukan secara bantahan. Kami juga minta benda ini tidak berlaku
lagi untuk masa akan datang.
"Kami memahami suasana
penyokong Indonesia kerana perlawanan membabitkan antara kelab di negara itu
pun benda (insiden) yang sama berlaku. Jadi, apatah lagi pasukan luar beraksi
di sana.
"FAM sudah berbincang dengan
PSSI untuk mengambil langkah yang lebih baik supaya benda ini tak berlaku
hingga mendatangkan kemudaratan kepada pemain. Keselamatan pemain perlu diberi
keutamaan oleh PSSI," katanya.
Skuad B-19 negara didakwa
dibaling objek oleh penyokong Indonesia ketika mahu memasuki bilik persalinan
selepas aksi separuh akhir kejohanan AFF di Stadium Gelora Delta Sidoarjo yang
menyaksikan Malaysia menang 3-2 menerusi penentuan penalti.
Malah, terdapat juga laporan
minggu lalu berkenaan rusuhan penyokong selepas aksi kelab Sriwijaya FC dan
Arema FC dan ia lebih teruk apabila peminat didakwa bertindak membaling kerusi
ke atas padang di Gelora Sriwijaya di Palembang.
Sumber-BERITA HARIAN OLINE Selasa,
24 Julai 2018 | 6:02pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan