Serbegeth Singh
Beliau dilahirkan di Perancis dan
mendapat pendedahan mengenai bola sepak di negara kelahirannya itu.
Bakatnya terus digilap oleh
pasukan AS Monaco sebelum berhijrah ke Paris Saint-Germain. Kebolehannya amat
ketara apabila membawa pasukan AS Monaco menjuarai Lique 1 pada musim
2016/2017.
Dia juga pernah membawa AS Monaco
ke peringkat separuh akhir musim 2017/2018.
Apabila dilamar PSG, dia
berpeluang berganding bahu bersama bintang Brazil, Neymar serta bintang
Uruguay, Edinson Cavani dan baru baru ini, dia dinobatkan sebagai pemain muda
terbaik di Piala Dunia 2018.
Bersama anugerah itu, dia juga
memenangi Piala Dunia bersama Perancis.
Nama pemain yang saya maksudkan
ialah Kylian Mbappe dan umurnya baru 19 tahun.
Sementara itu, ada pemain muda
lain yang dilahirkan di Amerika Syarikat, tetapi ibu dan bapanya rakyat
Malaysia. Pemain ini menjalani pendedahan dan pembangunan di Amerika Syarikat
sehingga berjaya beraksi di Major League Soccer atau MSL.
Kebolehan pemain ini amat menarik
dan dia berjaya mewakili pasukan kebangsaan Bawah 17 Tahun Amerika Syarikat.
Prestasinya masih boleh meningkat dan pasukan Sporting Kansas City mengambil
kesempatan untuk mengikat pemain ini.
Nama pemain yang sudah menjadi
kebanggaan Malaysia itu ialah Wan Kuzain Wan Kamal dan dia juga berusia 19
tahun.
Di Malaysia pula, ada pemain muda
yang begitu berbakat dan muncul pemain tengah terbaik di negara ini. Dia sudah
membuktikan kebolehannya di peringkat remaja serta mewakili pasukan dari Liga
Super Malaysia. Bakat seperti ini jarang dilahirkan di Malaysia.
Sebagai pemain tengah, pemain ini
mencorakkan permainan atau menjadi “playmaker” walaupun memikul tugas yang
begitu berat membimbing pasukan yang lemah di Liga Super.
Namanya adalah Nik Akif Syahiran
Nik Mat dan menjadi tonggak pasukan Kelantan walaupun baru berusia 19 tahun.
Dalam lingkungan umur yang sama,
Mbappe sudah muncul juara dunia, manakala Wan Kuzain pula mungkin mewakili
pasukan kebangsaan Amerika Syarikat dalam masa akan datang.
Nik Akif pula berhempas pulas
bersama pasukan kebangsaan Bawah 19 Tahun di Kejuaraan AFF baru-baru ini.
Kesimpulannya, kita di Malaysia
sudah kehilangan arah dan hala tuju!
Di Malaysia, pentadbiran bola
sepak sudah tidak dapat melihat antara aspirasi individu dan matlamat bola
sepak.
Pentadbiran bola sepak di semua
peringkat di Malaysia mempunyai dua kelemahan yang paling ketara.
Pentadbiran di semua peringkat di
Malaysia tidak mampu mengenali bakat dan mereka juga dikaburi cita-cita
tersendiri.
Contoh yang paling besar adalah
kebolehan serta kemahiran Nik Akif yang tidak disedari jurulatih senior padahal
dia sudah memiliki permainan bertaraf antarabangsa.
Seharusnya pembangunan pemain
mengikut “upwards trajectory” dan bukannya sekadar bermain di peringkat umur
saja.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 21 Julai 2018 @ 3:53 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan