Ahad, 15 Julai 2018 | 7:44pm
SKUAD Bawah 19 tahun (B-19)
negara melaungkan 'Malaysia Boleh' sejurus tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). - Foto BERNAMA
Keputusan Nik Akif tepat
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@nstp.com.my
SEPANG: Hero skuad Bawah 19 tahun
(B-19) negara, Nik Akif Syahiran Nik Mat mengakui 'dendam kesumat' selepas
berdepan situasi getir sejurus tamat aksi separuh akhir menentang Indonesia
terbalas selepas berjaya memastikan Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF)
B-19 buat kali pertama.
Pada aksi final di Stadium Gelora
Delta Sidoarjo, semalam, Nik Akif menyumbangkan dua gol manakala Awang Faiz
Hazziq Awang Fathi dan Shivan Pillay Asokan masing-masing menghasilkan satu gol
sekali gus menewaskan Myanmar 4-3.
"Ketika itu, saya hanya ada
dua keputusan, sama ada terus sepak ke arah gol atau pun cari rakan sepasukan.
"Alhamdulillah, saya
dapatkan peluang itu dan berjaya menghasilkan gol kemenangan buat
pasukan," katanya sejurus tiba bersama pasukan di Lapangan Terbang Kuala
Lumpur 2 (KLIA 2), hari ini.
Pemain yang mewakili skuad Liga
Super Kelantan itu mengakui yang tragedi balingan objek keras oleh penyokong
Indonesia turut jadi azimat buatnya dan rakan sepasukan untuk memastikan
kejayaan pada penampilan kali ini.
"Ketika aksi separuh akhir,
jurulatih (Bojan Hodak) ada beritahu supaya buat kerja sendiri tanpa memikirkan
keadaan sekeliling. Kami tidak boleh hiraukan penyokong tuan rumah.
sumber-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 15 Julai 2018 | 7:44pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan