Rabu, 26 Mei 2021

'Permainan Bahrain hampir sama seperti UAE'

Mei 27, 2021 @ 7:13am



Skuad Harimau Malaya menjalani latihan pertama di Manama, Bahrain, malam tadi. - Foto ihsan Facebook FAM.

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berharap pemainnya akan dapat belajar sesuatu daripada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, menentang pasukan ke-99 dunia Bahrain, di Stadium Nasional Bahrain di Riffa pada Jumaat ini.

Cheng Hoe menyatakan perlawanan persahabatan menentang Bahrain itu sepatutnya memberikan mereka 'bayangan', bagaimana sepatutnya bermain dalam aksi penting menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai 3 Jun ini.

Ini kerana beliau berkata, Bahrain bermain dengan cara yang sama dengan permainan UAE, terutamanya dalam serangan dan pertahanan.

"Pemain perlu belajar dan perhatikan cara Bahrain menyerang dan bertahan, kerana permainan mereka lebih kurang seperti UAE. Jika pemain kita boleh lakukannya, kitatentunya bersedia untuk perlawanan menentang UAE," katanya dalam sidang media secara maya semalam.

Jurulatih berusia 52 tahun itu berharap, pemain akan dapat menghadapi tekanan selepas kekalahan 1-4 kepada Kuwait pada perlawanan Ahad lalu, dengan mengambil langkah lebih berhati-hati ketika bertemu Bahrain, kerana pasukan itu telah seri dalam pertemuan menentang Ukraine, dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada hari yang sama.

Cheng Hoe berkata, pasukan kejurulatihannya masih lagi menilai tahap kecergasan pemain mereka, termasuk taktik yang akan digunakan ketika menentang Bahrain, Jumaat ini.

Dalam masa yang sama Cheng Hoe memberikan ingatan kepada pemainnya untuk menjangkakan perlawanan yang lebih hebat daripada UAE yang kelihatan lebih kuat berbanding ketika pertemuan mereka di Bukit Jalil pada 10 September 2019.

Bekas jurulatih Kedah itu memberitahu pemainnya untuk berjaga-jaga dengan penyerang UAE, Ali Mabkhout, yang melakukan hatrik ketika membantu pasukannya mengalahkan Jordan 5-1 dalam perlawanan persahabatan Isnin lalu kerana pemain itu mampu memberikan kesukaran kepada pertahanan Harimau Malaya pada perlawanan yang akan datang.

Selepas bertemu UAE, Malaysia akan menamatkan perlawanan Kumpulan G mereka dengan bertemu Vietnam pada 11 Jun dan Thailand (15 Jun).- BERNAMA.1

____________________________________________

Jadikan sebagai pengajaran berguna

 SUKAN



SYAFIQ Ahmad (kiri) cuba melakukan sepakan libas ketika skuad Harimau Malaya menentang Kuwait pada aksi persahabatan tertutup di Dubai awal pagi semalam.

Jadikan sebagai pengajaran berguna

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

25 Mei 2021, 10:05 am

Cheng Hoe akui aksi Harimau Malaya menentang Kuwait belum memuaskan

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan menekan butang panik selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-4 kepada Kuwait pada aksi persahabatan tertutup yang berlangsung di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium 7he Sevens itu, gol sagu hati negara diledak oleh Guilherme de Paula pada minit ke-28 manakala pasukan lawan berjaya menjaringkan gol menerusi Ahmad Aldhefeery (m-21), Fahad Alhajeri (m-55), Shabaib Alkhaldim (m-61), dan Fahad Al-Alabraim (m-68).

Kata Cheng Hoe, keputusan tersebut sudah tentu menjejaskan sedikit moral pemain selain barisan kejurulatihan juga tidak berpuas hati dengan aksi dipamerkan oleh pasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

Banyak kelemahan yang kita boleh lihat pada perlawanan ini dan saya akui aksi yang dipamerkan tidak memuaskan. Namun, saya tetap menganggap pertemuan menentang Bahrain nanti lebih penting untuk menguji keupayaan pasukan.

Mengenai perlawanan, saya lihat aksi babak pertama dan kedua memiliki jurang yang besar dan saya tidak terkejut kerana kami menguji hampir semua pemain. Ini adalah pengajaran berguna dan kesempatan buat kami memperbaiki kelemahan yang ada.

zx“Apa yang pasti, keputusan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan moral pasukan dan saya mahu pemain menguatkan mental mereka dan bangkit semula untuk meraih keputusan positif bertemu Bahrain,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

CHENG HOE mengesahkan bayangan kesebelasan utama sebenar hanya dapat disaksikan pada aksi bertemu Bahrain pada Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengesahkan bayangan kesebelasan utama yang sebenar hanya dapat disaksikan pada aksi bertemu Bahrain pada Jumaat ini kerana ia adalah perlawanan pemanas badan terakhir sebelum bertemu UAE pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 4 Jun depan.

Gambaran kesebelasan utama mungkin akan dapat dilihat pada aksi bertemu Bahrain kerana ia adalah ujian terakhir pasukan dan kami tidak lagi mempunyai masa untuk menguji keserasian pemain sebelum bertemu UAE nanti,” katanya.

Selepas aksi bertemu Bahrain, Harimau Malaya akan melengkapkan tiga baki saingan Kumpulan G dengan bertemu UAE, diikuti aksi menentang Vietnam (12 Jun) dan Thailand (16 Jun) di Dubai.1

______________________________________________

Bahrain destinasi pemanas badan

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



TAN CHENG HOE

PERBEZAAN masa empat jam antara Palestin dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan pengendali negara, Tan Cheng Hoe terpaksa memilih Bahrain sebagai lawan untuk aksi pemanas badan pada Mac depan.

Jelas Cheng Hoe, keputusan memilih Bahrain dilihat lebih praktikal di mana jarak dengan UAE yang bakal menjadi lawan sukar pada aksi keenam Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, 26 Mac depan.

Saya dimaklumkan oleh sekretariat FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang Palestin ada menerima undangan untuk aksi persahabatan sebelum kita lawan dengan UAE. Malah, daripada lima permohonan itu yang kita turut bagi kepada Bahrain, Arab Saudi, Oman dan Qatar, saya diberitahu Bahrain juga sedia berjumpa kita.

Jadi selepas mengambil kira semua aspek termasuk soal jarak waktu dan jarak Palestin dengan UAE, saya putuskan untuk menentang Bahrain. Malah, kita juga mungkin hanya lawan satu pasukan kerana saya mahu beri rehat secukupnya kepada pemain kerana selepas menentang UAE kita akan bertemu Vietnam pula lima hari kemudian.

Risiko kecederaan juga antara perkara yang saya bimbang kalau dua perlawanan persahabatan kemungkinan boleh mengundang masalah kecederaan,” katanya kepada Arean Metro, semalam.

Mengulas mengenai tentangan yang bakal diterima anak buahnya apabila bertemu pasukan di ranking ke-99 dunia itu, Cheng Hoe mengakui Bahrain turut memiliki kekuatan sama seperti UAE.

Katanya, kejayaan Bahrain muncul juara Piala Asia Barat baru-baru ini dengan menewaskan Arab Saudi 1-0 di pentas final tidak boleh dipandang enteng dengan beliau mahu skuad Harimau Malaya yang kini di tangga ke-154 meraih keputusan positif.

Jurang antara Bahrain dan UAE tidak jauh, jadi saya percaya Bahrain akan memberi apa yang kita mahukan sebagai persediaan terbaik untuk kita,” katanya.

Skuad negara ketika ini berada di tangga kedua dalam kumpulan G dengan sembilan mata selepas mencatat tiga kemenangan ke atas Indonesia (3-2 di Jakarta & 2-0 di Bukit Jalil) dan Thailand (2-1 di Bukit Jalil) selain tewas dua kali kepada Vietnam (0-1 di Hanoi) dan UAE (1-2 di Bukit Jalil).

Disiarkan pada: Disember 31, 2019 @ 6:05am.1

______________________________________________

Bahrain ujian terbaik Harimau Malaya

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



CHENG Hoe (kanan) ketika mengendalikan sesi latihan Harimau Malaya. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Apa jua keputusan aksi persahabatan menentang Bahrain bakal menjadi cerminan sebenar peluang skuad Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 khususnya membabitkan aksi getir berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun ini.

Menurut pengendali negara, Tan Cheng Hoe, adalah mustahak buat skuad kendaliannya bangkit mencipta keputusan lebih positif bertemu Bahrain di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, Jumaat ini memandangkan kedua-dua pasukan turut memiliki corak permainan yang hampir serupa.

"Sudah tentu paling penting kita akan gunakan aksi menentang Bahrain ini sebaiknya dan lihat adakah kita mampu memberi saingan dan menahan tekanan daripada Bahrain, kerana tahap kedua-dua pasukan (termasuk UAE) tidak jauh beza dari segi permainan.

"Kita kena mula sekarang untuk bersedia bermain dengan Bahrain, di mana corak kedua-dua lebih kurang sama. Kita kena tahu bagaimana untuk menangani serangan lawan dan bagaimana melancarkan serangan nanti.

"Jika kita mampu raih keputusan positif, pastinya kita juga sudah bersedia untuk perlawanan sebenar menentang UAE nanti," katanya pada sidang media secara maya.

Menurut Cheng Hoe, barisan pertahanan negara perlu bangkit memperkemaskan aksi selepas beliau mengakui antara kelemahan ketara ketika skuad negara tumbang 1-4 di tangan Kuwait pada aksi persahabatan tertutup Ahad lalu berpunca daripada bahagian itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui Bahrain yang kini menghuni tangga ke-99 dunia bukanlah calang-calang pasukan apatah lagi baru-baru ini pasukan itu hampir memalukan Ukraine apabila mengikat 1-1 skuad yang menduduki ranking ke-24 dunia itu.

"Pertahanan kita agak longgar ketika menentang Kuwait dan saya percaya itu adalah pengajaran berguna buat pasukan. Pemain sudah belajar daripada kesilapan itu dan akan bangkit semula dalam aksi berikutnya," katanyaDisiarkan pada: Mei 27, 2021 @ 12:33am.1

____________________________________________________

Harimau Malaya perlu fokus di Bahrain

Oleh Syafiq Aznan - Mei 25, 2021 @ 9:08pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Skuad Harimau Malaya selamat tiba di Manama, Bahrain dari Dubai bagi menyambung latihan persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. - Foto ihsan Facebook FAM.

KUALA LUMPUR: Kesempatan berubah angin seketika ke Bahrain perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk 'menyegarkan' kembali skuad kebangsaan selepas dirundung kekecewaan tewas 4-1 pada aksi pemanas badan bertemu Kuwait, Ahad lalu.

Justeru, kapten skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengharapkan rakan sepasukannya dapat terus memberi sepenuh tumpuan pada misi penting negara dan bangkit memperaga aksi lebih kemas sebelum bertarung pada aksi sebenar di Dubai, bulan depan.

Bagaimanapun, dia tetap gembira dengan perkembangan positif yang ditunjukkan rakan sepasukan selepas hampir seminggu menjalani latihan secara bersama di Dubai.

"Kita akan memperbaiki kekurangan kita pada perlawanan sebelum ini supaya kita dapat bersedia sepenuhnya sebelum menentang UAE. Selepas seminggu berlatih bersama-sama, saya lihat banyak pembaharuan dan perkara positif dalam skuad.

"Saya harap kita akan terus fokus dan memberi komitmen penuh untuk skuad kebangsaan," katanya menerusi video yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Terdahulu, skuad Harimau Malaya berlepas ke Manama, Bahrain meneruskan kem latihan pusat dan berdepan perlawanan persahabatan menjelang baki tiga perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan depan.

Di Manama, mereka akan mengharungi aksi persahabatan Tier 1 menentang Bahrain di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, malam Khamis ini (waktu Manama) atau awal pagi Jumaat ini.

Ini adalah aksi persahabatan terakhir untuk skuad bimbingan Cheng Hoe dan selepas itu, mereka akan kembali ke Dubai untuk persiapan terakhir bagi tiga aksi penting bertemu UAE, Vietnam dan Thailand.

Untuk rekod, skuad kebangsaan ketika ini menghuni tangga kedua dengan sembilan mata, dua mata di belakang Vietnam selaku pendahulu Kumpulan G.

Thailand mengikuti rapat di tangga ketiga dengan lapan mata diikuti UAE dengan enam mata namun kekurangan satu perlawanan berbanding tiga pasukan di atas mereka.1

___________________________________________

Skuad Harimau Malaya kini berlatih di Bahrain

Oleh Syafiq Aznan - Mei 25, 2021 @ 4:21pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Skuad kebangsaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketika dalam perjalanan ke Manama, Bahrain bagi menjalani latihan kira-kira seminggu. - Foto ihsan Facebook FAM.

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya 'bertukar angin' seketika apabila berlepas ke Manama, Bahrain selepas lebih seminggu mengharungi persiapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mereka ke Manama untuk meneruskan kem latihan pusat dan berdepan perlawanan persahabatan menjelang baki tiga perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan depan.

Di Manama, mereka akan mengharungi aksi persahabatan Tier 1 menentang Bahrain di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, awal pagi Jumaat ini.

Ini adalah aksi persahabatan terakhir untuk skuad bimbingan Cheng Hoe dan selepas itu, mereka akan kembali ke Dubai untuk persiapan terakhir bagi tiga aksi penting bertemu UAE, Vietnam dan Thailand.

Sebelum ini, mereka sudahpun menentang Kuwait bagi aksi latihan pada awal pagi Isnin lalu namun mereka tewas 4-1 pada aksi di Stadium 7he Sevens, Dubai itu.

Untuk rekod, skuad kebangsaan ketika ini menghuni tangga kedua dengan sembilan mata, dua mata di belakang Vietnam selaku pendahulu Kumpulan G.

Thailand mengikuti rapat di tangga ketiga dengan lapan mata diikuti UAE dengan enam mata namun kekurangan satu perlawanan berbanding tiga pasukan di atas mereka.1

________________________________________________________

Kuwait 'ratah' Harimau Malaya

 Kuwait 'ratah' Harimau Malaya

Oleh Syafiq Aznan - Mei 24, 2021 @ 1:25am

syafiq.aznan@bh.com.my



De Paula meraikan jaringannya ketika menentang Kuwait.

KUALA LUMPUR: 'Harimau import', Guilherme de Paula tidak menunggu lama untuk mencetus impak apabila berjaya membuka akaun gol pada penampilan pertama bersama skuad kebangsaan ketika menentang Kuwait, sebentar tadi.

Bagaimanapun, jaringan sulung pemain kelahiran Brazil itu tidak cukup untuk membantu skuad negara yang terpaksa tunduk 4-1 di tangan Kuwait pada aksi di Stadium 7he Sevens itu.

Pada aksi terbabit, Kuwait mendahului selepas 20 minit perlawanan berlangsung apabila percubaan Ahmad Aldhefeery dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Farizal Marlias.

Aksi pemain Harimau Malaya menentang Kuwait, sebentar tadi. - Foto Twitter FAM

Aksi pemain Harimau Malaya menentang Kuwait, sebentar tadi. - Foto Twitter FAMMalaysia berjaya mengikat kedudukan selepas de Paula menyudahkan hantaran La Vere Corbin Ong pada minit ke-28 sekali gus menjadikan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, Kuwait mendahului sekali lagi pada minit ke-55 apabila tandukan Fahad Alhajeri hasil hantaran Eid Alrashidi gagal diselamatkan penjaga gol gantian, Khairulazhan Khalid.

Malaysia terus ketinggalan selepas Kuwait meledak gol ketiga menerusi penyudah Shabaib Alkhaldi pada minit ke-61 sebelum sepakan percuma Fahad Al-Alabraim sekali lagi menggegar gawang negara untuk gol keempat pada minit ke-68.

Selepas ini, skuad kebangsaan akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Bahrain pada 29 Mei ini sebelum mengharungi baki Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.1

____________________________________

Selasa, 25 Mei 2021

Cheng Hoe gesa bangkit semula

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



AKSI antara skuad Harimau Malaya dengan Kuwait malam tadi. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Kekalahan besar 1-4 kepada Kuwait cukup berat untuk ditelan oleh skuad Harimau Malaya dan barisan pemain digesa untuk meningkatkan tahap permainan masing-masing menjelang aksi persahabatan kedua menentang Bahrain di Manama, Jumaat ini.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe mengakui beliau masih tidak berpuas hati dengan corak permainan anak didiknya pada perlawanan tertutup di Stadium 7he Sevens, di Dubai, di Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.

Jelasnya, beliau dan barisan kejurulatihan akan menilai dan menganalisis video aksi berkenaan bagi memperbaiki segera kelemahan untuk berdepan Bahrain dan lebih pentingsebelum mengharungi cabaran sebenar menentang UAE, Thailand dan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula 3 Jun ini.

"Kami barisan jurulatih akan menganalisis apa kelemahan dan yang penting kita nak tengok pemain bangkit daripada kekalahan itu dan bermain sebagai satu pasukan.

"Kita juga sekali lagi nak lihat kerjasama berpasukan dan semangat berpasukan dapat kembali kepada pasukan. Walaupun saya dah cuba bagi peluang kepada semua pemain bermain," katanya.

Pada aksi itu, jaringan tunggal skuad Harimau Malaya disumbangkan penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula yang mengikat kedudukan 1-1 pada babak pertama sebelum gawang negara dibolosi tiga lagi gol di 45 minit babak kedua.

Kata Cheng Hoe, wujud jurang ketara antara kesebelasan utama dan simpanan yang diberikan peluang beraksi di mana beliau membuat sembilan pertukaran serentak sebelum babak kedua bermula.

"Memang nampak satu jurang yang agak besar juga perlawanan separuh masa pertama dan kedua, dan di situ kami dah boleh tahu gambaran pemain yang kita rasa boleh menggalas sebagai pemain kesebelasan utama dalam pasukan.

"Sudah tentu kita masih lagi ada masa untuk memperbaiki kelemahan dan kita akan meningkatkan lagi kekuatan pasukan yang sebenarnya," katanya.

Aksi berdepan Bahrain Jumaat ini dijangka lebih sukar buat Malaysia jika prestasi terkini pasukan di ranking ke-99 dunia itu diambil kira.

Ia susulan aksi menakjubkan Bahrain yang berjaya mengikat Ukraine (ranking ke-24 dunia) dengan keputusan 1-1 dalam satu aksi persahabatan di Kyiv, Ukraine yang turut berlangsung hari sama.Disiarkan pada: Mei 24, 2021 @ 10:24pm.1

_____________________________________

6 Perkara Daripada Kekalahan Malaysia Di Tangan UAE



1. Malaysia berikan tentangan

Secara keseluruhannya, ini merupakan aksi melawan daripada pasukan Malaysia, berhadapan dengan pasukan di ranking ke-65 dunia.

Malaysia melakukan lebih banyak percubaan tepat ke gawang lawan dan memiliki penguasaan bola yang hampir seimbang.

Jika sebelum ini, susah nak melihat Malaysia mendapat 40% penguasaan bola dalam perlawanan seperti ini.

Gaya permainan Malaysia pada malam semalam menunjukkan bahawa kita bukan pasukan belasahan seperti yang pernah kita hantar menentang UAE dahulu.

2. Syafiq Ahmad penjaring ekstra

Dalam sesebuah pasukan yang baik, perlu ada penjaring ekstra, jika penyerang utama ataupun penyerang sayap tidak dapat melaksanakan tugas.

Dalam 2 perlawanan, Syafiq Ahmad membuktikan beliau ada kualiti tersebut. Beraksi dalam posisi lebih kepada box to box, Syafiq Ahmad adalah ancaman utama kepada lawan ketika petarungan secara aerial.

Foto: FAM

Namun kami masih mahukan Syafiq Ahmad memperbaiki aspek seperti kreativiti dan juga konsistensi sepanjang 90 minit.

Sistem 4-2-3-1 Tan Cheng Hoe memang dikenali dengan kebergantungan kepada pemain tengah defensif (AM).

3. Pertukaran pemain Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe berhadapan dengan sedikit kerosakan pelan pertukaran apabila Sumareh terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Namun sebenarnya, Sumareh sudah mengalami kecederaan lebih awal. Mungkin TCH harus menangguhkan dahulu pertukaran Norshahrul, kerana ada pemain yang cedera.

Ini dengan memantau perkembangan Sumareh terlebih dahulu, jika beliau tidak mahu melakukan pertukaran terus bertukar kepada Sumareh.

Secara tidak langsung, apabila mengeluarkan Norshahrul dan Sumareh, bermakna, terlalu banyak pertukaran melibatkan pemain di serangan.

Lebih sukar, pemain yang masuk menggantikan mereka lebih kepada pemain defensif dan juga pemain sisi klasik (side midfielder).

Kualiti pemain yang digelar ‘depth player’ agak ketara. Mereka gagal untuk menampung kualiti yang ditinggalkan pemain utama, terutama sekali Sumareh.

Secara kasarnya, pertukaran Ah Hoe kali ini kurang memberikan impak.

4. Taktikal Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe jelas sekali membuatkan pasukan Harimau Malaya lebih bertaktikal. Ada orientasi yang jelas ketika ada bola di kaki.

UAE tidak terlalu superior dalam pertarungan taktikal. Malah mereka sendiri banyak turun bertahan dan berkampun di kawasan mereka dalam beberapa fasa, dek kerana serangan kita.

Berlaku pattern permainan yang lebih jelas, pemain bek sisi ditolak ke tempat yang sangat tinggi dan pemain no.6 akan menjadi ‘half back’ untuk melancarkan lagi sistem binaan serangan daripada belakang.

Ali Mabkhout

Ketika bertahan, Malaysia lebih cepat untuk ‘reshape’. Cuma masalah yang sama seperti perlawanan menentang Indonesia di mana berlaku kesilapan individu ketika proses, pasukan sudah menolak pemain ke atas. Ini membuatkan berlaku numerical disadvantage.

5. Isu teknikal

Jika secara taktikal, kita membuktikan kita kompeten dalam perlawanan ini. Terutama sekali pada kedudukan ketinggalan 1-2. Di mana, pergerakan bola di antara pemain lebih laju dan intensif.

Foto: FAM

Secara teknikal pula, Malaysia masih sukar bersaing dengan ‘Pak Arab’.

Kesilapan individu itu memang akan berlaku. Namun dalam situasi gol kedua misalnya, Adam Nor Azlin melakukan tindakan yang betul untuk ‘recover’ daripada kesilapan rakannya. Cuma pada fasa beliau cuba melakukan ‘body charge’, beliau pula yang terpelanting.

Seterusnya, ketika serangan, pertahanan UAE banyak sekali mematikan serangan dengan corak fizikal yang membuatkan pemain kita tewas.

Bagaimana nak mengatasi perkara itu?

Anda baca balik perenggan pertama, butiran ke-5 ini. Elakkan pertarungan fizikal yang terlalu kerap. Ini dilakukan dengan melakukan lebih banyak permainan kombinasi dengan gerakan dan hantaran antara pemain yang laju.

Ketika bertahan, banyakkan latihan untuk mematikan bola secara terus, berbanding dengan usaha untuk bersaing fizikal.

6. Isu defensif

Ini adalah perlawanan yang kita rasa, kita boleh menang. Itu yang sangat positif. Cuma kita dihampakan dengan kesilapan kita sendiri dan gagal untuk recover.

Malaysia selepas ini perlu fokus kepada isu bertahan dalam situasi seperti:

1. Mengekang ancaman dari belakang – dalam perlawanan menentang Indonesia lagi isu ini sangat kritikal. Namun kita berjaya ‘recover’ pada fasa akhir. Gol pertama UAE adalah kerana ancaman daripada belakang pertahanan

2. Elakkan kehilangan bola di garisan akhir – Gol pertama Indonesia tempoh hari, kita hilang bola di bek sisi dan terus pasukan lawan dapat gol. Gol kedua UAE, kita hilang bola di garisan akhir.

Terima kasih Harimau Malaya

Secara keseluruhannya, kita boleh memuji tentangan yang diberikan oleh Malaysia pada kali ini.

Sayang sekali, lawan kita sangat opportunist dengan peluang yang ada.

Semoga kita lebih baik di masa akan datang. Tan Cheng Hoe pastinya ada kerja rumah tersendiri untuk memikirkan pembentukan pasukan dalam tugasan yang akan datang.

Selamat berehat kepada pasukan Malaysia dan Terima kasih kepada semua pemain dan pegawai pasukan yang sangat komited dalam tugasan kali ini. Terutama sekali malam di SGBK.1

_____________________________________

Jadikan sebagai pengajaran berguna

  SUKAN



SYAFIQ Ahmad (kiri) cuba melakukan sepakan libas ketika skuad Harimau Malaya menentang Kuwait pada aksi persahabatan tertutup di Dubai awal pagi semalam.

Jadikan sebagai pengajaran berguna

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

25 Mei 2021, 10:05 am

Cheng Hoe akui aksi Harimau Malaya menentang Kuwait belum memuaskan

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan menekan butang panik selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-4 kepada Kuwait pada aksi persahabatan tertutup yang berlangsung di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium 7he Sevens itu, gol sagu hati negara diledak oleh Guilherme de Paula pada minit ke-28 manakala pasukan lawan berjaya menjaringkan gol menerusi Ahmad Aldhefeery (m-21), Fahad Alhajeri (m-55), Shabaib Alkhaldim (m-61), dan Fahad Al-Alabraim (m-68).

Kata Cheng Hoe, keputusan tersebut sudah tentu menjejaskan sedikit moral pemain selain barisan kejurulatihan juga tidak berpuas hati dengan aksi dipamerkan oleh pasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

Banyak kelemahan yang kita boleh lihat pada perlawanan ini dan saya akui aksi yang dipamerkan tidak memuaskan. Namun, saya tetap menganggap pertemuan menentang Bahrain nanti lebih penting untuk menguji keupayaan pasukan.

Mengenai perlawanan, saya lihat aksi babak pertama dan kedua memiliki jurang yang besar dan saya tidak terkejut kerana kami menguji hampir semua pemain. Ini adalah pengajaran berguna dan kesempatan buat kami memperbaiki kelemahan yang ada.

zx“Apa yang pasti, keputusan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan moral pasukan dan saya mahu pemain menguatkan mental mereka dan bangkit semula untuk meraih keputusan positif bertemu Bahrain,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

CHENG HOE mengesahkan bayangan kesebelasan utama sebenar hanya dapat disaksikan pada aksi bertemu Bahrain pada Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengesahkan bayangan kesebelasan utama yang sebenar hanya dapat disaksikan pada aksi bertemu Bahrain pada Jumaat ini kerana ia adalah perlawanan pemanas badan terakhir sebelum bertemu UAE pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 4 Jun depan.

Gambaran kesebelasan utama mungkin akan dapat dilihat pada aksi bertemu Bahrain kerana ia adalah ujian terakhir pasukan dan kami tidak lagi mempunyai masa untuk menguji keserasian pemain sebelum bertemu UAE nanti,” katanya.

Selepas aksi bertemu Bahrain, Harimau Malaya akan melengkapkan tiga baki saingan Kumpulan G dengan bertemu UAE, diikuti aksi menentang Vietnam (12 Jun) dan Thailand (16 Jun) di Dubai.1

_____________________________________________

Produk tempatan bangga taja Harimau Malaya

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



BARISAN pemain Harimau Malaya menggunakan resistance band ketika sesi latihan. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memeterai perjanjian selama setahun bersama jenama peralatan sukan buatan Malaysia, Sanctband Active yang terkenal dengan produk jalur gelung rintangan (resistance band).

Menerusi kerjasama bersama Sanctband Active ini, FAM khususnya Unit Pendidikan Kejurulatihan serta Unit Perubatan dan Sains Sukan sudah tentu meraih faedah apabila peralatan sukan keluaran syarikat Sanctuary Health Sdn Bhd itu akan digunakan untuk program serta aktiviti pendidikan kejurulatihan dan ketika latihan memanaskan badan dan pemulihan pemain skuad kebangsaan.

Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan FAM, Datuk Jeferrey Low Han Chau berkata, unit Perubatan serta Sains Sukan FAM dapat meraih faedah menerusi kerjasama bersama Sanctband Active yang jelas menunjukkan kepentingan hubungan pembangunan pendidikan kejurulatihan dan sains sukan di dalam struktur bola sepak negara.

"Menerusi kerjasama ini, pendidikan kejurulatihan FAM kini dapat dicorak ke tahap tertinggi serta dapat diperluas di mana ramai lagi jurulatih berkualiti tinggi dapat dilahirkan di masa akan datang.

"Kami di FAM sangat berbesar hati di atas sokongan yang dizahirkan oleh pihak Sanctband Active dan berharap agar lebih ramai syarikat swasta tempatan dapat tampil ke hadapan bagi memeriahkan lagi sukan bola sepak negara," katanya.

Beliau juga turut berkongsi pendapat bahawa tajaan daripada syarikat peralatan sukan itu akan membuka mata penyokong bola sepak tempatan terhadap kepentingan perubatan dan Sains Sukan di dalam struktur bola sepak.

"Unit Perubatan dan Sains Sukan FAM sentiasa memastikan pemain-pemain di dalam skuad kebangsaan sihat dan mempunyai tahap kecergasaan yang tertinggi.

"Mereka di awasi dengan rapi dari pelbagai aspek seperti diet yang seimbang dan latihan pemulihan sekiranya tercedera untuk kembali bertanding dalam masa tersingkat dan menerusi peralatan daripada Sanctband ini, ia telah banyak membantu dalam proses rehabilitasi pemain," katanya.

Pengarah Urusan Sanctuary Health Sdn Bhd, Koh Yek Joo berkata kerjasama bersama badan induk bola sepak negara itu disifatkan sebagai peluang keemasan kerana dapat membuka peluang kepada Sanctband Active untuk meluaskan lagi produk mereka di dalam pasaran Malaysia.

"Sukan bola sepak adalah antara sukan yang sangat terkenal di dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami di Sanctband Active sangat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Malaya.

"Dengan kualiti peralatan sukan daripada syarikat kami, saya percaya prestasi Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai dapat membanggakan Malaysia," kata Yek Joo.

Ditubuhkan pada 2002, Sanctband Active adalah sebuah produk peralatan sukan buatan Malaysia, di bawah syarikat Sanctuary Health Sdn Bhd di mana ia dieksport ke seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Eropah.

Sanctband Active terkenal dengan produk peralatan sukan yang diperbuat daripada getah di mana kualitinya lebih tahan lama dan tahan lasak.

Disiarkan pada: Mei 25, 2021 @ 9:03pm.1

___________________________________________

Awas jerat 'Pak Arab'

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



AKSI barisan pemain negara ketika bertemu Kuwait. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Barisan pemain skuad Harimau Malaya diingatkan supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan lenggok badan pemain Asia Barat yang disememangnya diketahui memiliki kemahiran gelecek.

Pesanan itu disampaikan oleh bekas pengendali negara, B Sathianathan buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang sedang melakukan persiapan menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal bulan depan.

Peringatan Sathianathan itu ada benarnya apabila kekalahan 1-4 di tangan Kuwait dalam aksi persahabatan tertutup Ahad lalu menyaksikan tiga gol daripada empat yang dihasilkan lawan berpunca daripada kegagalan pertahanan negara mengawal kelincahan pemain Kuwait.

Berdasarkan video aksi terbabit, jelas kelihatan pemain negara agak mudah diatasi terutama apabila membabitkan sitausi satu lawan satu yang akhirnya memerangkap benteng pasukan.

"Apabila lawan dengan negara dari Arab ini, kita tak boleh pergi sorang maksud saya, apabila nak kawal jangan suka 'buang' badan kerana pemain dari Arab ada kualiti kawalan bola yang baik."Mereka memang dari kecik sudah didedahkan dengan teknik dan kemahiran bola yang bagus hasil adunan bola sepak Sepanyol, Itali dan Brazil. Kita memang takkan dapat kawal jika satu lawan satu.

"Jadi saya fikir, kita kena bermain dengan corak bertahan sambil membuat serangan balas ke kubu lawan seperti mana yang dilakukan ketika menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil dua tahun lalu.

"Saya kira, Cheng Hoe pasti sudah tahu apa yang beliau harus buat dan aksi menentang Bahrain (aksi persahabatan kedua) saya rasa kita akan lihat persembahan yang jauh lebih baik daripada ketika lawan Kuwait," katanya kepada Arena Metro.

Selepas tumbang kepada Kuwait, Malaysia dijadual menentang Bahrain dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa berstatus 'A' di Manama pada Jumaat ini.

Ia sebagai persiapan terakhir sebelum turun menentang UAE pada 3 Jun ini diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) pada kempen kelayakan itu.

Menurut Sathianathan, keputusan aksi bertemu Kuwait tidak boleh dijadikan ukuran mengenai peluang skuad kebangsaan di pusingan kedua kelayakan berkenaan.

"Ramai tak faham, Cheng Hoe buat pertukaran sembilan pemain serentak pada permulaan babak kedua berbanding Kuwait hanya seorang adalah sebab kita tak jumpa barisan terbaik lagi dan sebab itu semua pemain diberi peluang bermain.

"Tapi Kuwait dah ada skuad utama dan jurulatih mereka mahu pemain dapatkan minit perlawanan yang lebih.

"Jadi untuk lawan Bahrain nanti, saya percaya Cheng Hoe akan bariskan skuad utama dan beri main selama sekurang-kurangnya 70 minit atau lebih lagi, dan kita ada enam hari berehat sebelum aksi pertama menentang UAE nanti," katanya.

Disiarkan pada: Mei 25, 2021 @ 10:53pm.

_________________________________________________

Isnin, 24 Mei 2021

'Goodluck Harimau Malaya, Superwi' - Syifa

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



Tonggak skuad kebangsaan, Safawi Rasid.

Kuala Lumpur: "Doaku sentiasa bersamamu Superwi." Itu titipan doa mengiringi perjuangan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid yang ketika ini bersama skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ucapan doa dan selamat maju jaya itu diluahkan pelakon, Syifa Melvin buat kekasihnya itu di Story Instagram miliknya dengan turut meletakkan emoji love.

Malah, Safawi atau kini diberi gelaran Superwi oleh peminat bola sepak tempatan turut memuatnaik semula ucapan itu di laman sama kepunyaannya dengan membalas emoji kasih sayang.

"Semoga perjalanan ke Dubai selamat, Insya Allah kembali dengan kejayaan yang membanggakan negara dan kelab (ACL untuk JDT). Selamat maju jaya Harimau Malaya dan awak," tulis Syifa.

Kisah percintaan Safawi dan Syifa sebenarnya bukan rahsia lagi apabila pelakon yang juga adik kepada Syatilla Melvin itu pernah dilihat bersama keluarga Safawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) di Sepang ketika menghantar pemain itu untuk beraksi di Portugal.

Malah, Syifa sendiri pernah memuatnaik janji di laman sosial untuk menjaga keluarga Safawi sepanjang ketiadaan pemain sayap itu di Eropah bersama kelab Portimonense SC pada penghujung tahun lalu.

Ketika ini, skuad negara sedang berada di UAE bagi membuat persiapan terakhir menjelang kempen kelayakan menentang tuan rumah pada 3 Jun ini serta dua lagi aksi bertemu Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) untuk mencongak peluang mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia serta tiket automatik ke Piala Asia.

Ucapan istimewa dari kekasihnya itu diharapkan dapat melonjakkan semangat dan motivasi Safawi membantu pasukan negara pada kempen kelayakan itu.

Disiarkan pada: Mei 24, 2021 @ 1:16pm.1

________________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/709525/goodluck-harimau-malaya-superwi-syifa

VIDEO: Komen reaksi ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe

 VIDEO: Komen reaksi ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe selepas Perlawanan Latihan menentang Kuwait di 7he Sevens Stadium, Dubai, UAE, malam tadi yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 4-1.

Tonton video penuh di https://youtu.be/iEqKRwaJuP0



#FAM #HarimauMalaya

Komen Reaksi Tan Cheng Hoe Selepas Perlawanan Latihan Menentang Kuwait

YOUTUBE.COM

Komen Reaksi Tan Cheng Hoe Selepas Perlawanan Latihan Menentang Kuwait

Komen reaksi ketua jurulatih.1

________________________________________

VIDEO: Gol yang dijaringkan oleh Guilherme de Paula

 VIDEO: Gol yang dijaringkan oleh Guilherme de Paula pada minit ke-28 ketika Perlawanan Latihan menentang Kuwait di 7he Sevens Stadium, Dubai, UAE, malam tadi yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 4-1.

Tonton video penuh di https://youtu.be/ttwh3uvvnbo



#FAM #HarimauMalaya

Gol Guilherme de Paula Pada Perlawanan Latihan Menentang Kuwait

YOUTUBE.COM

Gol Guilherme de Paula Pada Perlawanan Latihan Menentang Kuwait.1

______________________________________________________________

Ahad, 23 Mei 2021

Sekitar aksi Perlawanan Latihan di 7he Sevens Stadium, Dubai,



Sekitar aksi Perlawanan Latihan di 7he Sevens Stadium, Dubai, UAE, malam tadi yang menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe tewas 4-1 kepada Kuwait selepas terikat 1-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Guilherme de Paula.1

____________________________________________

KESEBELASAN UTAMA HARIMAU MALAYA

Perlawanan Latihan | 23 Mei 2021



KUWAIT 🇰🇼 lwn 🇲🇾 MALAYSIA

* Follow akaun Twitter rasmi FAM www.twitter.com/fam_malaysia untuk mengetahui keputusan semasa Perlawanan Latihan ini yang akan bermula jam 11.15 malam ini (7.15 malam Waktu UAE).

#FAM #HarimauMalaya.1

_______________________________

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Azam anggap semua pemain tengah punya kemampuan tersendiri

Ammar Hakim

Mei 23, 2021 18:28 MYT



Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Azam anggap semua pemain tengah punya kemampuan tersendiri

Pemain tengah skuad kebangsaan, Nor Azam Azih, enggan memilih 'kawan' apabila menegaskan semua pemain tengah mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Brendan Gan untuk perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3 Jun ini.

Brendan yang juga pemain tengah Selangor FC terpaksa diketepikan bagi perlawanan tersebut kerana digantung satu perlawanan.

Ini bermakna, Azam perlu membentuk gandingan baru bersama Syamer Kutty Abba, Nazmi Faiz Mansor atau pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi.

Perkongsian lanjut azam bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya tidak kisah bermain bersama mana-mana pemain. Saya berasakan semua boleh menggantikan tempat Brendan," katanya.

"Syamer dan Nazmi mempamerkan aksi cemerlang dalam sesi latihan dan membuktika mereka boleh mengisi kekosongan ditinggalkan Brendan.

Mengenai kehadiran Liridon, Azam berkata, "Ia merupakan satu kelebihan buat pasukan kerana ia memastikan setiap pemain berusaha memberikan persaingan yang sihat bagi mendapatkan tempat dalam skuad utama."1

________________________________

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Safawi harap skuad negara segera serasi

Muzaffar Musa

Mei 22, 2021 19:56 MYT



Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Safawi harap skuad negara segera serasi

Penyerang negara, Safawi Rasid, berharap kesemua pemain Harimau Malaya dapat segera menemui keserasian menjelang kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.

Menjelang aksi pemanas badan menentang Kuwait di Dubai malam esok, bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu yakin pemain yang baru dipanggil skuad kebangsaan -- antaranya penyerang muda, Lukman Hakim Shamsudin -- dapat menyumbangkan sesuatu buat pasukan dan keserasian perlu segera ditemui mereka sebagai persiapan terbaik sebelum memulakan kempen berkenaan.

"Kami semua agak akrab dan bersatu hati kerana di sini kami perlu cepat (menyesuaikan diri) memandangkan sudah lama tidak bersama," katanya seperti yang dilaporkan Nadi Arena.

"Ini merupakan aksi pemanas badan kami, jadi setiap pemain perlu cepat serasi di antara satu sama lain kerana ia amat penting untuk perlawanan seterusnya.

"Daripada segi taktikal juga, kami perlu cepat serasi untuk mendapatkan kombinasi terbaik.

"Saya rasa ini adalah pasukan terbaik untuk kejohanan ini, jadi saya anggap pemain yang baru (dipanggil) dapat memberikan sesuatu buat pasukan. Saya harap pasukan kita akan layak ke pusingan berikutnya," katanya

Skuad negara akan memulakan kempen kelayakan itu dengan berdepan pasukan tuan rumah, UAE, pada 4 Jun ini.

Malaysia kini berada di tangga kedua Kumpulan G dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.1

_________________________________