Tekad jadi pemusnah pasukan gergasi Asia pada aksi 16 pasukan terbaik menentang Jepun malam ini
Ardie Putra Suhaimi & Riduan Hanafiah
24 Ogos 2018 3:00 AM
SAFAWI menjadi sandaran skuad muda negara untuk merobek gawang Jepun pada aksi 16 pasukan terbaik di Bekasi malam ini.
SKUAD muda negara sekali lagi berdepan misi besar apabila turun menentang Jepun pada pusingan kali mati 16 pasukan terbaik Sukan Asia 2018 di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi malam ini.
Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee sekali lagi disandarkan harapan untuk melakar kejutan ke atas skuad Samurai Biru selepas mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kumpulan minggu lalu.
Bagi menjayakan misi itu, penyerang sensasi negara, Safawi Rasid yang sudah meledak empat gol daripada tiga perlawanan bertekad untuk menjadi pemusnah ke atas pasukan gergasi Asia.
“Saya berazam untuk berikan aksi 100 peratus dan berusaha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan sebaiknya,” ujar Safawi.
Skuad muda Harimau Malaya diletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod pencapaian kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23) di China awal tahun ini yang menyaksikan mereka mara ke suku akhir.
SUMBER-KOSMO ONLINE 24 Ogos 2018 3:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan