Sabtu, 18 Ogos 2018

'Jaringkan gol sebanyak mungkin'

Ahad, 19 Ogos 2018
MyMetroArena
Rosli Ilham
cnews@nstp.com.my

“SYUKUR dan syabas buat pasukan bola sepak negara yang berjaya menewaskan Korea Selatan.

“Sapawi membanggakan saya dan negara serta menggembirakan rakyat Malaysia,” kata Rasid Sulong, 64, bapa penyerang negara Sapawi, selepas Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang, di Jakarta, malam ini.

Beliau bangga apabila pesannya kepada Sapawi untuk menyumbat seberapa banyak gol membuahkan hasil.

“Sapawi ada hubungi saya kira-kira jam 3 petang tadi. Dia minta saya doakan dan buat solat Hajat untuk kemenangan pasukan negara dalam perlawanan malam ini.,” katanya.

“Saya bersama isteri, Salemah Abu Bakar, 56, serta anak dan menantu menyaksikan perlawanan itu sehinggalah ke wisel penamat.

“Riuh rendah rumah kami sepanjang perlawanan mencemaskan itu dan paling riuh ketika Sapawi menjaringkan gol,” katanya gembira.

Beliau berharap dan akan terus berdoa pasukan negara akan terus menang dalam perlawanan seterusnya.

“Kami seisi keluarga dan tentunya seluruh rakyat Malaysia mahu negara bermain dengan cemerlang dan menjadi juara pada kejohanan ini.

“Tadi sebelum memutuskan perbualan telefon, saya sekali lagi berpesan kepadanya supaya menjaringkan seberapa banyak gol yang boleh,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 12:26 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan